Keindahan TAWAKAL.

1
96
views

Antara rukun dalam bisnes yang sangat saya suka ialah TAWAKKAL. Pemerhatian saya, semakin tinggi level bisnes seseorang, semakin mantop tahap TAWAKKAL mereka.

Dalam bisnes apa yang kita usahakan tak semestinya berhasil, tapi INSYAA ALLAH akan ada rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka.

Kadang-kadang, saya bangun bagi dengan sejumlah bungkusan yang telah siap di bayar, tunggu nak pos ja. Tapi ada juga masanya bangun pagi tanpa apa2 janji dari prospek, saya buat marketing di sana sini seadanya. Menjelang tengahari tiba-tiba beramai2 nak buat bayaran.

Betapa bisnes mengajar saya segalanya ditentukan DIA. Kadang-kadang boleh ‘close-sale’ 10 orang, tapi sorang pun tak ‘bank in’ pada hari itu. Kadang-kadang kita tak buat apa2, tiba2 mereka yang dah lama tak bayar tu tringat pulak nak bayar.

Begitulah keindahan tawakal dalam Allah mengaturkan rezeki hambaNya. Seindah TAWAKKAL SANG BURUNG..

“Sungguh, seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang.” (HR. At-Tirmidzi).

Previous articleMinat membaca VS Pandai membaca
Next articleSayalah Sakina Hamid
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here