Teks : Sakina Hamid

Foto : Google

Saya tak kisah pun anak saya boleh membaca umur berapa, tapi saya memang mendedahkan anak saya dengan Aktiviti-aktiviti yang merangsang anak minat membaca . Dan Alhamdulillah, Allah kurniakan kemampuan membaca kepada anak saya dalam usia 5 tahun lebih.

Dan bila anak sudah boleh membaca, barulah saya nampak kebaikannya. Bagus rupanya anak boleh membaca awal, banyak kebaikan untuk ibu dan anak in syaa Allah.

Antara kelebihan anak boleh membaca awal ialah

1) Mudah memahamkan anak mengenai sesuatu situasi

Sebagai contoh, badan anakanda Fateh bersaiz kecil. Pada usia 5 tahun, dia masih boleh memakan baju untuk usia 3 tahun walaupun agak fit. Tapi dia nak pakai jugak. Satu hari saya suruh dia tengok tanda saiz pada baju itu ‘3 year’, dia yang dah rasa besar terus baling baju tu pada adiknya sambil jerit “Argghh..baju budak kecik!”

2) Pandai pesan makanan sendiri

Bila ke kedai makan, anak sudah boleh buat pesanan makanan sendiri. Anak saya jarang makan di kedai, memang tak kena dengan selera kanak-kanak. Kebiasaanya mereka hanya makan french fries. Kalau dulu saya cakap kedai ni tak jual french fries, dia masih minta. Sekarang tunjuk ja menu suruh dia baca, setel masalah!

MENU

Tapi ia juga bermakna ibubapa sudah tidak boleh mengelat kalau tak nak bagi anak makan sesuatu makanan. Sebab dia tahu makanan tu memang ada. Jadi kenalah terangkan dengan lebih jelas kenapa kita tak benarkan dia makan sesuatu makanan tu.

3) Ada aktiviti pada waktu menunggu

Situasi menunggu adalah sangat membosankan untuk kanak-kanak. Biasanya mereka akan melompat ke sana sini hingga mendatangkan geram di hati ibubapa. Tapi apabila mereka sudah boleh membaca, kebosanan itu dapat dikurangkan dengan membaca segala poster dan papan tanda yang ada.

Bila dah baca, pasti ada ayat yang perlukan penerangan. Jadi ketika itu mulalah mak akan jadi professor tak bertauliah menerangkan itu dan ini. Bagus kan, sebab tu pepatah menyebut – membaca itu jambatan ilmu. Ia jadi kelebihan anak boleh membaca awal.

4) Waktu dalam kenderaan yang lebih bermakna

Apabila anak sudah boleh membaca papan tanda, mereka akan tahu tempat yang dituju. Belum sempat sampai mereka sudah siap sedia nak turun kereta, padahal  lagi 1 km! Dari situ kita mula perkenalkan mereka dengan unit km, ketinggian dan lain-lain. Mereka juga tahu banyak perkara dari papan-papan tanda di tepi jalan. Dan anakanda Fateh paling excited bila jumpa papan tanda ‘DAIKIN’.

DAIKIN ROBOT

Robot pada billboard DAIKIN

5) Buku jadi peneman setia

Biasanya bila anak sudah boleh membaca, minat mereka terhadap mainan semakin berkurang. Seawal 4 tahun kami sudah boleh memberi pilihan kepada anakanda Fateh, kalau beli mainan tak boleh beli buku. Dan Alhamdulillah biasanya dia akan memilih untuk membeli buku. Dan sekarang dua beradik ni nak ke pasar malam bukan seban nak beli makanan, tapi nak beli majalah. Kalau lalu kat tempat mainan berenti jugak, tapi untuk tengok ja. Sebab akhirnya buku juga yang menarik perhatian, Alhamdulillah.

Banyakk lagi kelebihan bila anak boleh membaca dengan MINAT yang kita tanamkan kepada mereka. Baca lanjut mengenainya di SINI. Semoga perkongsian mengenai kelebihan anak boleh membaca awal ini memberi perangsang kepada ibubapa untuk lebih gigih memupuk minat membaca dan seterusnya membantu  anak supaya boleh membaca di awal usia,In syaa Allah.

p/s : Mencari bahan yang telah membantu ramai ibubapa mengajar anak membaca sendiri di rumah? Dapatkan di  SINI