Kelebihan Kad Menulis WOW

2
224
views
Kad Menulis WOW
Kad menulis WOW direka untuk membantu anak belajar menulis secara santai dan seronok

Apa yang WOW nya dengan kad menulis ni? ^_^

Kad menulis ini memang WOW kerana direka untuk membantu anak-anak belajar menulis dengan santai dan gembira. Ciri-ciri yang terdapat pada kad menulis WOW ini menjadikan anak tertarik untuk mula menulis dan leka membuat aktiviti menulis.

Pakej kad menulis WOW didatangkan dengan 13 keping kad menulis bersaiz A4, 6 bekas magic light clay dan whiteboard marker. Kad menulis bersaiz besar menjadikan anak dapat menulis dengan lebih lapang dan bebas. Ia sangat sesuai seawal anak berusia 3 tahun kerana anak kecil belum dapat menyurih tulisan bersaiz kecil dengan baik.

Pakej Kad Menulis WOW
Kad menulis WOW direka untuk membantu anak belajar menulis secara santai dan seronok

Pada kad menulis ini diletakkan huruf bersaiz besar yang menunjukkan langkah-langkah menulis huruf. Langkah yang betul sangat penting supaya anak dapat menghasilkan bentuk huruf yang tepat. Contoh untuk menulis huruf ‘a’, anak hendaklah menulis lekuk baru diikuti palang. Kebiasaan menulis dengan panduan langkah-langkah akan menjadikan anak cekap menulis huruf.

Kad Menulis WOW
Langkah menulis penting untuk melatih anak menulis bentuk huruf dengan betul

Selain itu, gambar-gambar di dalam kad juga bersaiz besar dan mempunyai warna yang menarik. Secara tidak langsung ia boleh digunakan untuk aktiviti membaca. Contoh gambar juga sangat dekat dengan kanak-kanak seperti ‘c’ untuk coklat, ‘k’ untuk kucing dan ‘o’ untuk oren. Contoh perkataan yang dekat dengan kehidupan kanak-kanak akan membantu mereka lebih mudah mengingat apa yang dipelajari.

Kad Menulis WOW
Gambar dan tulisan yang besar dan berwarna warni menarik minat anak untuk belajar

Permukaan kad menulis ini jenis finishing uv di mana anak dapat menulis menggunakan whiteboard marker dan padam berulang kali hingga pandai. Kebiasannya kanak-kanak memang suka menulis dan memadam semula kerana mereka seronok melihat ‘sebab dan akibat’. Tambahan pula memadam tulisan whiteboard marker adalah sangat mudah. Jadi mereka leka melakukannya berulang-ulang tanpa sedar mereka sedang mengasah kemahiran menulis.

Kad Menulis WOW
Menconteng juga permulaan yang bagus untuk anak membina kemahiran menulis. Lagipun boleh padam kan, biar ja anak conteng sepuasnya

Menulis mengunakan whiteboard marker juga mempunyai tarikan tersendiri kepada anak kecil. Batang marker yang besar membantu mereka memegangnya dengan lebih baik berbanding pensel. Selain itu, warna dakwat yang terang menjadikan mereka teruja melihat tulisan mereka sendiri. Kebanyakan kanak-kanak memang sangat suka menulis menggunakan marker.

Kad Menulis WOW
Warna dakwat marker yang terang membuatkan anak teruja melihat tulisannya

Satu lagi kelebihan kad menulis WOW adalah ia didatangkan bersama 6 bekas magic light clay yang menarik. Magic light clay ni macam playdoh, tapi strukturnya lebih ringan dan tidak melekit. Jadi ia boleh digunakan untuk buat bentuk-bentuk huruf dan dilekatkan pada kad menulis wow. Ia tidak melekit dan mudah ditanggalkan. Kalau didedahkan lama kepada udara, ia akan kekal dengan bentuk huruf tu tapi tidak mengeras. Macam gabus jadinya.

Magic Light Clay
Struktur Magic Light Clay sangat lembut tetapi tidak melekit
Bermain playdoh
Playdoh yang berkualiti seperti magic light clay ini dapat membantu anak-anak membentuk huruf dengan cantik

Dengan semua kelebihan yang ada ni, ia menjadikan kad menulis ini memang WOW. Semoga dengan kelebihan-kelebihan ini akan membantu anak kita belajar menulis dengan seronok tanpa tekanan in syaa Allah.

p/s : Untuk dapatkan kad menulis WOW ini, wasap <Kad WOW> ke +60194715407

 

 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here