Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid & google

 

Bila anak susah berusia 3 tahun ke atas, sebaiknya kita mula dedahkan dengan permainan berkumpulan. Melalui permainan dalam kumpulan, anak dapat mempelajari lebih banyak kemahiran sosial selain penting pembentukan sikap anak.

Sejak beberapa bulan lepas, kami sekeluarga sering bermain ‘Domino’. Konsep permainan ini mudah, dan sesuai untuk anak seawal 3 tahun. Semakin kerap kami bermain, semakin banyak perkara yang saya pelajari dari permainan berkumpulan ini.

 

IMG_20160409_180757

1) Anak belajar maksud giliran

Anak terlatih untuk bersabar daripada meletakkan plat domino nya. Kadangkala anak teruja ingin meletakkan plat nya, walaupun bukan gilirannya. Ibubapa perlu menerangkan prinsip permainan ini berkali-kali.

IMG_20160409_181300

2) Anak perlu buat keputusan dalam masa yang singkat

Domino boleh disambung dari kedua-dua hujungnya. Jadi anak perlu buat keputusan untuk sambung di bahagian mana jika mempunyai 2 plat yang bersesuaian. Ini adalah berkaitan dengan strategi adakah dia masih mempunyai plat dengan gambar yang sama untuk giliran seterusnya. Anak 5 tahun ke atas biasa sudah faham bagaimana untuk berstrategi.

 

IMG_20160409_180757

 

3) Bersedia menerima kekalahan

Pemain yang paling awal habis plat domino akan dikira sebagai pemenang. Dan sangat lucu kerana dalam kebanyakan masa, Faqihah yang akan jadi pemenang. Dan sebagai anak sulung , Fateh memang sukar menerima kekalahan. Jadi kami seringkali perlu memujuknya supaya beradaptasi dengan aktiviti bermain. Sikap sebegini jika tidak diasuh akan terbawa-bawa dalam kehidupan kanak-kanak mereka dan menggangu perkembangan psikologi anak-anak

Selain itu mainan berkonsepkan domino juga dapat melatih kemahiran berfikir, kemampuan mengecam bentuk/gambar dengan baik serta mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga.

Diantara mainan lain yang sesuai untuk permainan berkumpulan ialah dam, number stacking dan permainan kad

happy-family

Permainan kad yang terkenal sejak zaman ummi nya Kredit gambar : The Vocket

IMG_20150613_163643

Tikar 3D Upin Ipin untuk anak-anak bermain dam

number stacking_rm32

Permaian number stacking sangat menarik untuk bermain berkumpulan