Alhamdulillah semalam selesai penghantaran batch pertama untuk preorder Siri Buku Ibu Ajarku Jawi. Jika sebelum ini saya hanya uruskan jualan melalui dropship, tapi kali ini saya cuba untuk borong stok terus dari pembekal. Alhamdulillah, sambutan memberangsangkan. Ramai rupanya ibubapa yang tercari-cari buku bacaan jawi yang menarik seperti ini.

Ramai juga ibubapa yang berkongsi pengalaman menggunakan buku ini kepada anak-anak mereka. Ada anak yang sudah menguasai bacaan jawi dengan menghabiskan 7 buah buku ini dalam masa seminggu. Mengagumkan. Kebiasaannya buku ini digunakan di tadika, kerana itu agak sukar untuk menemui buku ini di kedai-kedai buku.

Siri Buku Ibu Ajarku Jawi ini mempunyai 7 buah buku. Buku ini disusun menggunakan pendekataan binaan. Anak akan belajar membina bermula dari suku kata. Setiap sukukata diwarnakan dengan warna berbeza untuk membantu anak mengecam sukukata dengan lebih baik.

Kaedah suku kata

Suku kata yang dicetak berwarna dapat membantu anak mengecam huruf dengan lebih baik

Selepas menguasai sukukata jawi, anak akan menggabungkan sukukata membentuk perkataan, frasa dan seterusnya membentuk ayat. Proses pembelajaran bertahap ini memberi peluang untuk anak menguasai setiap tahap dengan baik sebelum beralih ke tahap seterusnya.

Pendekatan binaan dalam Buku Ibu Ajarku Jawi

Anak yang sudah menguasai suku kata akan mula membaca perkataan, frasa dan ayat

Siri buku ini menggunakan kaedah fonetik dan kaedah pandang dan sebut. Kaedah fonetik ialah anak mengusai bunyi setiap huruf dan menggabungkan bunyi tersebut membentuk sukukata. Kaedah pandang dan sebut dibantu oleh ilustrasi yang ada di samping perkataan tersebut. Anak melihat perkataan dan menghubungkan maklumat dengan gambar yang disediakan. Ini akan membantu membina keyakinan membaca jawi dan membantu anak mengusai bacaan dengan lebih cepat.

kaedah Pandang Sebut

Gambar dan tulisan yang jelas membantu anak menguasai bacaan dengan kaedah pandang sebut

Saiz tulisan yang besar juga memudahkan anak kecil membaca dengan mudah. Ditambah dengan ilustrasi berwarna warni menjadikan anak tidak jemu mengadap buku ini lebih lama. Kebanyakan ilustrasi dalam buku ini juga mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan anak-anak seperti watak animasi Didi&Friends. Ia secara tidak langsung membantu memupuk minat anak terhadap buku ini.

Buku Jawi Ada Didi And Friends

Ilustrasi yang dekat dengan kehidupan anak-anak menjadikan mereka seronok membelek buku ini

Buku ini juga menyediakan aktiviti pengukuhan seperti mewarna, suaipadan dan mnyurih tulisan. Ini akan mempelbagaikan aktiviti anak-anak selain membaca sahaja.

Buku yang diterbitkan sejak tahun 1998 ini disusun oleh 4 orang guru Pendidikan Islam yang berpengalaman. Pastinya ia susah dirancang sebaik mungkin untuk membantu anak kecil menguasai asas bacaan jawi. Ia sesuai untuk peringkat prasekolah seawal usia 4 tahun sehinggalah untuk sesiapa sahaja yang mahu memantapkan asas bacaan jawi.

Penulis Siri Buku Ibu Ajarku Jawi

Buku ini ditulis dan disusun oleh guru-guru berpengalaman dalam bidang pendidikan Islam

Siri Buku Ibu Ajarku Jawi ini boleh didapati secara online dan di kedai-kedai buku. Di samping itu, untuk pengukuhan penguasaan jawi, adalah disarankan ibubapa dapatkan Majalah Inspektor Jawi ini.