Kemahiran Asas Untuk Menulis

1
88
views
conteng dinding
Menconteng dinding adalah suatu keseronokan bagi anak kecil

“Pantang dapat pensel ja habis dia conteng”

Selalu kita dengar rungutan sebegini kan. Masih ramai ibubapa yang tidak bersedia memberikan peluang kepada anak kecil memegang pensel. Alasan nya nanti habislah semua dinding, lantai dan perabot mahal-mahal tu comot dengan contengan anak-anak.

conteng dinding
Menconteng dinding adalah suatu keseronokan bagi anak kecil

Masya Allah. Andai ibubapa tahu kelebihan anak pegang pensel sejak bayi, pasti ramai ibubapa berlumba-lumba menyediakan peluang ini kepada anak-anak. Pasti kita tidak merasa gusar walaupun anak ‘terconteng’ dinding kita yang halus mulus. Tapi bila kita tak tahu kebaikannya, memang kita cenderung untuk menjauhkan pensel dari anak kecil.

Asas untuk menulis bermula sejak usia bayi. Lebih awal bayi melihat aktiviti menulis di hadapannya, lebih awal dia cenderung untuk mula memegang pensel. Teringat ketika anakanda Fateh dalam usia setahun, dia selalu meminta kami melukis itu dan ini. Kami hanya turutkan saja tanpa tahu apa kebaikannya. Hari ini barulah kami dapat melihat bagaimana aktiviti yang santai itu telah merangsang minatnya untuk melukis.

Melukis bersama bayi
Aktiviti melukis di hadapan anak dapat memupuk minat anak untuk memegang pensel sendiri

Dan pastinya di usia bayi, pensel adalah objek yang boleh mendatangkan bahaya. Jadi ia hanya boleh diberikan dengan pengawasan orang dewasa. Bayi juga perlu diingatkan selalu supaya tidak memasukkan pensel ke dalam mulut. Ini adalah perkara biasa, kerana pada peringkat perkembangan bayi mulut adalah medium untuk bereksplorasi.

Melatih anak usia 0-2 tahun menulis hanya bermula dengan sediakan pensel dan kertas!

Rohani Sheikh Omar ; Buku Didik Anak Jadi Pintar

Mudah. Tak perlu pun pelaburan yang mahal-mahal untuk anak belajar menulis. Sebaiknya sediakan kertas bersaiz besar supaya anak dapat menulis tanpa batasan. Lekat kertas pada dinding atau lantai mengikut keselesaan anak menulis. Kebanyakan kanak-kanak suka menulis di dinding kerana ia berada di paras mata. Jadi aktiviti menggunakan pensel menjadi lebih mudah.

Kanak-kanak melukis
Anak yang diberi kebebasan menggunakan pensel/pensel warna akan mempunyai keyakinan yang tinggi apabila memegang menulis

Tujuan utama pada usia ini hanya memberi peluang untuk anak memegang pensel atau pensel warna. Bukan untuk mengajar mereka melukis atau menulis benda tertentu. Gunakan krayon bersaiz besar supaya senang dipegang. Ajarkan mereka bagaimana memegang krayon dan biarkan mereka buat sendiri.

Apa sahaja hasil contengan anak-anak, PUJI!

Itulah kunci untuk anak terus seronok menulis dan menulis. Pujian akan menanamkan keyakinan ke dalam diri anak-anak untuk terus menconteng. Semakin hari hasil contengan akan bersambung dan  membentuk sesuatu. Dari situlah kemahiran menulis lebih mudah dipupuk secara semulajadi.

Jadi, jika anak anda mula menunjukkan minat terhadap pensel, bagi saja. Dan perhatikan bagaimana ia berkembang dengan menarik!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here