Alhamdulillah, masih bernafas di tahun 2017. Peluang ini adalah satu rezeki yang Allah kurniakan untuk merasai nikmat kehidupan, dan berusaha mengumpul amalan buat bekalan bertemu denganNya kelak. Kehidupan di dunia ini hanyalah medan ujian. Ujian untuk Allah menilai sejauh mana kita mampu kekal dalam kebenaran walaupun pelbagai cabaran mendatang.

2017 adalah tahun ketiga sakinahamid.com belayar di alam maya. Bermula dengan hanya menggunakan ilmu menulis yang sedia ada di dada, saya mulakan blog ini dengan apa yang saya tahu. Saya hanya tulis..tulis..dan tulis. Selepas hampir mencapai 30 artikel yang pertama barulah saya melabur untuk belajar teknik penulisan blog di saya kongsikan dalam Pengalaman Kelas Penulisan Blog.

Oktober lepas saya mengorak satu lagi langkah dengan menyertai kelas yang lebih mendalam mengenai penulisan blog bersama http://denaihatinetwork. Alhamdulillah, terlalu banyak ilmu yang didedahkan di dalam kelas ini. Dan terlalu luas peluang yang ditunjukkan kepada peserta untuk lebih serius dengan dunia blogging.

Dengan berbekalkan ilmu yang ada, besar harapan saya blog sakinahamid.com akan terbang lebih tinggi mulai 2017. Semoga saya dikurniakan kekuatan untuk amalkan ilmu-ilmu ini dan usaha saya diberkati Allah. Menulis bukan untuk menyampaikan apa yang kita tahu, tetapi sebagai medium untuk mengajak ke arah kebaikan. Semoga ia menjadi saham akhirat yang sangat lumayan kelak.

 

Jika hari ini pelawat harian adalah 15 orang sehari, sasaran saya hujung 2017 akan mendapat 100 unique visitors setiap hari. Pageview yang belum sampai 300 sebulan ini juga saya sasarkan naik sehingga 10 kali ganda in syaa Allah. Untuk mencapai angka ini, saya perlu pastikan sekurang-kurangnya saya berjaya terbitkan 300 artikel sepanjang tahun ini.

Semoga 10% dari artikel ini mendapat First page Google Rank. Dan besar harapan saya agar tetamu blog ini sudi membaca artikel-artikel saya dengan lebih lanjut dan menjadikan bounce rate kurang dari 5. Semua ini memerlukan kepada kualiti artikel yang baik dan penguasaan ilmu teknikal yang mendalam.

Sasaran artikel saya adalah untuk membantu ibu-ibu muda terutama yang sedang mencari ilmu untuk membesarkan anak sulung. Saya akan cuba kongsikan ilmu mengenai perkembangan kanak-kanak, teknik mengajar anak membaca di rumah dan konsep educational toys. Semoga ilmu yang dititip di sini dapat membantu pembaca menyempurnakan peranan sebagai ibu dengan lebih baik. In syaa Allah.

Doakan yang baik-baik untuk saya ya.

Salam sayang,

Sakinah Hamid, Bayan Lepas

1/1/2017