Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

Perlu ke bagi anak main Mushroom Nail?

Tak la perlu sangat, kalau anak diberi peluang gunakan benda lain untuk bantu perkembangan otot-otot kecil di tangannya. Contohnya aktiviti menyusun batu-batu kecil juga memberi kebaikan yang sama seperi menyusun mushroom nail.

Namun tak semua ibubapa berpeluang membawa anak-anak belajar sambil bermain secara santai begitu. Jadi mainan mushroom nail direka supaya anak-anak dapat membuat aktiviti yang membantu perkembangannya setiap hari dengan lebih mudah.

Di sini saya kongsikan kebaikan anak bermain mushroom nail.

Melatih anak memegang objek dengan 3 jari (tripod grip)

Semasa bayi, anak akan memegang objek menggunakan tapak tangan/semua jari. Kerana itu dalam kebanyakan keadaan anak akan menggenggam objek yang dipegangnya termasuk pensel.

Semakin bertambah usia, anak perlu belajar memegang objek dengan 3 jari supaya dia boleh memegang objek kecil dengan betul. Dengan menggunakan 3 jari,anak dapat mencapai objek dari tempat sempit dengan mudah. Ini akan meningkatkan kemahiran anak melakukan perlbagai aktiviti harian dengan mudah.

melatih koordinasi mata-tangan

Koordinasi mata-tangan adalah elemen penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ia adalah asas untuk anak menguruskan pergerakan kasar lain seperti menangkap bola, meletak barang di tempatnya dan kebanyakan aktiviti semasa bermain yang lain.

Dengan mainan mushroom nail ini, anak perlu fokus untuk meletakkan mushroom pada tempat yang betul, barulah corak yang diingini terhasil. Secara tidak langsung ia melatih mata-tangan anak untuk bertindak dengan lebih cekap.

 Menjana kretiviti

Mushroom nail boleh disusun dengan pelbagai corak, samada yang dicadangkan mahupun yang lahir dari imaginasi anak-anak. Ia memang ruang yang sangat sesuai untuk anak mencuba idea kretif mereka samada ia boleh dilaksanakan atau tidak.

Pada peringkat awal anak biasanya akan ikut corak yang dicadangkan. Namun apabila mereka sudah memahami konsep mainan mushroom nail ini, mereka akan mula mengeluarkan idea-idea sendiri di luar jangkaan ibubapa.

Sebagai asas mainan Geoboard

Mainan geoboard sangat bagus untuk perkembangan anak-anak. Namun untuk bermain perlu menggunakan papan yang sesuai. Dengan mainan mushroom nail ini, anak boleh terus bermian geoboard dia atasnya.

Sebagai bahan untuk pembelajaran santai

Mainan educational toys selalunya memang datang dengan pakej untuk anak belajar sambil bermain. Menggunakan mainan ini, anak dapat belajar mengenai saiz, warna, mengira dan banyak lagi.

Ibubapa yang kretif boleh menggunakan mainan ini untuk mengajar anak mengenal huruf dan nombor. Pasti suasana pembelajaran anak menjadi lebih menyeronokkan dengan aktiviti kreatif ini.

5 faktor di atas ini pasti menjadi asas yang kukuh  Kenapa Anak Perlu Main Mushroom Nail ini. Jika berminat untuk dapatkannya boleh wasap ke +60194715407