Kentang Senyum Faqihah

0
486
views
kentangsenyumviral

Yea..Akhirnya kami berjaya buat kentang senyum yang viral itu. Asyik tengok orang lain update ja kan, teringin juga nak mencuba. Tambahan pula semalam hari cuti sempena Sambutan Wesak. Alhamdulillah ada masa untuk beraktiviti bersama anak-anak tersayang.

Kentang senyum ni agak simple caranya, jadi sesuai sangat lah untuk dijadikan aktiviti bersama anak-anak. Rasanya pun sesuai dengan tekak mereka, jadi siap masak tu in syaa Allah anak-anak akan makan dengan teruja sampai terlupa nak makan nasi. Boleh la, karbohidrat jugak tu.

Ok jom semak cara-cara nak buat ya.

Mula-mula sediakan bahan yang diperlukan. Saya rujuk di SINI semasa nak sediakan bahan. Tapi biasalah, jenis saya ni kalau dah dapat idea tu tak sabar-sabar nak buat. Jadi adalah bahan yang takda. Kita adjust ja la, kita yang buat dia kan. Jadi versi yang saya buat ni dah derhaka sikit la dari resepi asal. 😛

Resepi kentang senyum Faqihah 🙂

Kentang 3 biji (saya guna 2 biji, itu ja yang ada 🙂
Tepung gandum 2 cawan (Saya letak sikit ja)
Tepung jagung 1/2 cawan
Serbuk roti 1 cawan (takda, jadi buat sendiri)
Marjerin 1 sudu
Gula secukup rasa (Anggaran dalam 3 sudu)
Garam secukup rasa ( Anggaran 1 sudu)

 

bahankentangsenyumviral

Ok itu bahan-bahannya ya. Serbuk roti tu kat rumah takda, tapi sebab nak buat juga jadi saya buat sendiri. Bakar roti 2 keping, kisar. Dapat lah 1 cawan macam dalam gambar. Saya pernah baca boleh juga keraskan roti dalam freezer, kemudian hancurkan. Yang tu saya tak pernah buat. Cuma pada saya breadcrumb yang kita buat sendiri ni tak lah serangup yang kita beli tu.

Tapi kalau tak letak breadcrumb kemungkinan adunan agak lembut. Nanti susah nak angkat. Saya tengok resepi yang tak guna breadcrumb hasilnya jadi bentuk ‘macam-macam’. Analisis saya ja la, tak cuba pun.

Ok sekarang bolehlah mulakan projek.

Mula-mula kupas kentang. Ini boleh minta anak buat. Guna pisau kupas buah tu selamat in syaa Allah. Boleh lah tunggu berapa lama dia nak habiskan kupas kentang tu. Lepas dah kupas, potong dan rebus sampai empuk. Bagi betul-betul empuk baru senang kerja seterusnya.

kentangsenyumviral

Kentang dah empuk, masukkan dalam bekas dan bagi anak lecek. Faqihah suka bab lecek-lecek ni. Bising dia kalau ummi buat. Pastikan lecek sampai halus ya. Lepas tu masukkan ja tepung jagung, serbuk roti, marjerin, gula dan garam. Gaul sebati.

Kemudian baru tambah tepung gandum sikit demi sedikit sampai adunan sesuai untuk dicanai. Saiz kentang kan lain-lain, jadi jangan lah ikut resepi tu sebijik-sebijik. Kang tak jadi dah meroyan plak. :-P. Pandai-pandai lah agak. Cuba canai tengok elok tak jadinya. Nanti adjust lagi.

Ok sekarang nak mencanai. Saya guna plastik makanan tu, belah dan jadikan tempat mencanai. Padan la dengan saiz kanak-kanak kan. Canai sampai rata, lagi nipis lagi rangup. Kemudian guna apa-apa yang boleh hasilkan bentuk bulat. Saya guna gelas. Boleh celup pada tepung sikit tak nak bagi melekat. Terapkan pada adunan sampai habis.

kentangsenyumviral

Dah siap terap barulah kita suruh kentang tu senyum ke nangis ka. Mata tu cucuk guna straw. Mulut boleh guna sudu. Selebihnya biar lah sang anak berkreativiti. Kata nak bagi peluang kat deme kan. Pasrah ja la hasil kita tak sama macam yang viral tu. 😛

Ok dah selamat untuk digoreng. Goreng sampai garing. Dah angkat tu jangan lupa snap gambar lepas tu selamat dah masuk perut kanak-kanak cilik tu. Shape doesn’t matter la, janji sodap..

ChefFaqihah

Mak nak tambah sikit lagi, bagi peluang anak memasak ni sebenarnya sangat bagus untuk perkembangan mereka. Salah satunya dapat meningkatkan self esteem anak. Self esteem adalah kepercayaan kepada diri sendiri. Bila anak mempunyai self esteem yang tinggi, mereka akan berkeyakinan meneroka kehidupan dengan lebih berani in syaa Allah.

Selamat mencuba.

 

Previous article5 Tahun Pertama Anak Kecil
Next articlePendidikan Anak Paling Awal dalam Islam
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here