Knob Puzzle Bahasa Arab

0
175
views
knobpuzzlearab

Alhamdulillah dah selesai urusan pengeposan untuk hari ini. Setiap hari urusan pos menjadi agenda penting bagi peniaga online macam saya. Kerana ia adalah amanah penting yang perlu dilangsangkan setelah pelanggan membuat bayaran. Selesai ja urusan pos rasa macam terangkat batu besar atas kepala. Fuh.. Tenang tu kadang sampai lupa nak update tracking number.. ­čśŤ

Minggu ni masih ramai ibubapa yang rebut peluang dapatkan mainan Genius Art pada harga promosi pengenalan. Mainan yang agak baru masuk ke pasaran Malaysia ini mendapat sambutan yang hangat kerana keunikannya yang tersendiri. Itulah yang seronoknya dengan dunia educational toys ni, banyak produk-produk baru yang selalu buat hati mak makan dalam..hihi.

Tadi masa tambah stok pun saya jumpa satu mainan yang dah biasa, tetapi versi baru. Sebelum ni memang dah banyak tema wooden knob puzzle yang ada dipasaran. Tetapi kali ini ia datang dalam versi baru iaitu Knob Puzzle Arab. Asyik bahasa Inggeris ja kan, moh ler kita dedahkan anak dengan perkataan Bahasa Arab pulak. Bahasa syurga tu.

knobpuzzlearab
Nombor arab penting digunakan semasa membaca Al Quran dan buku tulisan jawi

Dari segi kebaikan bermain knob, sama sahaja dengan knob puzzle sebelum ini. Ia bagus untuk melatih anak kecil memegang objek menggunakan jari. Bila jari-jarinya diregang dan dikuncupkan semasa memegang knob, otot-otot kecil pada jarinya akan dirangsang. Ini sangat penting untuk perkembangan motor halus yang optimum.

knobpuzzlearab knobpuzzlearab

Bermain puzzle juga bagus untuk merangsang daya fokus anak kecil. Sebagaimana yang kita sedia maklum, tempoh fokus kanak-kanak sangat singkat. Tetapi ia dapat dilatih supaya tempoh fokus ini semakin panjang. Bermain puzzle memerlukan fokus dari anak supaya dapat mengecam bentuk  kepingan puzzle dengan betul. Apabila selalu didedahkan dengan aktiviti sebegini, secara tidak langsung akan melatih daya fokusnya menjadi lebih baik.

knobpuzzlearab knobpuzzlearab

Wooden knob Puzzle ini juga boleh digunakan untuk mengajar kosa kata bahasa Arab. Anak-anak di bawah usia 6 tahun mudah untuk menguasai pelbagai bahasa. Dengan pendedahan yang betul, ia akan menanam minat anak-anak untuk belajar lebih lanjut kelak.

Mainan wooden knob puzzle Arab ini boleh didapati pada harga rm18/set. Untuk tempahan wasap ke +60194715407.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here