Anak menangis waktu malam memang pengalaman yang sangat digeruni. Apatah lagi kalau waktu tu kita sedang berpantang, makin bertambah tekanan menguruskan diri dan anak kecil. Tambah memberi tekanan kepada ibu jika anaknya jenis yang selalu mahu didukung bila berjaga.

Kerana tu penting sokongan orang di sekitar kita untuk menghadapi saat-saat mencabar seperti ini. Namun tak semua bernasib baik ada keluarga yang dapat bantu kita uruskan anak setiap masa kan. Jadi sedikit sebanyak persediaan ilmu akan bantu kita uruskan mental dan emosi dengan lebih baik.

Kolik antara Punca Anak Menangis Waktu Malam
Ibu anak kecil yang sering keletihan boleh membawa kepada masalah mental yang lebih bahaya

Saya terbaca satu catatan Doktor Zubaidi mengenai punca anak menangis waktu malam. Salah satunya berpunca dari Kolik iaitu bayi yang menangis tahap melampau. Ia boleh bermula dari 2 minggu sehingga 4 bulan. Mereka menangis sepanjang petang dan kadangkala membawa ke malam.

Pakej Tidur Lena Tasneem Naturel adalah rumusan aromaterapi untuk memberi rasa tenang dan tidur yang nyenyak

Kolik adalah pengecutan otot usus yang menyebabkan rasa senak dan memulas-mulas selepas bayi minum susu. Pakar Pediatrik memberikan teori bahawa ia disebabkan susu yang tidak di dapat dihadamkan. Susu ini menghasilkan lebih banyak gas seterusnya menyebabkan kembung.

Kolik antara Punca Anak Menangis Waktu Malam
Bayi kolik menangis berpanjangan tanpa sebab dan sukar dipujuk

Gas ini perlu dikeluarkan samada melalui muntah atau kentut. Banyak ubat boleh didapati di farmasi tapi haruslah diambil dengan nasihat ahli farmasi atau doktor.

Bagi rawatan luar ibubapa boleh gunakan balm T-rub dari Tasneem Naturel yang mengandungi minyak halia (essential oil) untuk bantu keluarkan gas berlebihan. Balm Tasneem ini menggunakan bahan semulajadi sepenuhnya dan selamat digunakan sejak bayi baru lahir.

Pakej-Newborn-Tasneem-Naturel-Persediaan-Penting-Sambut-New-Baby

Mengurut dengan teknik yang betul mampu melegakan bayi. Caranya ialah dengan melakukan pergerakan berulang-ulang aksi seolah-olah bayi sedang menunggang basikal.

Mengusap dengan lembut perut bayi akan mengurangkan rasa tidak selesa. Bayi ditiarapkan dan diusap dari belakang terutamanya kaki dan bahunya.

Kolik antara Punca Anak Menangis Waktu Malam

Urutan yang lembut ini boleh menggunakan balm calmtime dan minyak urut Resty Oil yang mempunyai essential oil seperti lavendar dan orange yang membantu bayi rasa lebih tenang. Otot-otot yang meregang semasa menangis juga akan mula mengendur dan memudahkan bayi untuk rasa mengantuk dan tidur.

Jika keadaan bayi masih berlarutan walaupun sudah ditenangkan, barulah bawa bayi berjumpa dengan doktor. Dalam banyak keadaan, bayi akan diam sendiri tanpa memerlukan apa-apa ubat.

Untuk maklumat lanjut mengenai balm Tasneem boleh hubungi Agen Sah Tasneem Naturel seluruh Malaysia.