Saya bukan cikgu, saya tak tau macam mana nak mula ajar anak.

Ok, soalnya nak anak cerdik tak?

Kalau jawapannya nak, ibu MESTI mula cari ilmu, dan mula ajar. Itu sahaja kuncinya.

Bila saya nak mula ajar anak?

Sebaik anak lahir. Fuh..

Betul..sejak anak lahir kita dah boleh mula mengajar anak. Tapi jangan la pula ambik buku fizik letak depan anak. Ajar ilmu yang sesuai dengan tahap umur anak.

Paling asas ajar nama anak. Ajar panggil ibu. Ajar panggil Ayah.

Ajar perkataan untuk perbuatan yang kita tengah buat. Jom minum susu. Jom tukar lampin. Jom mandi.

Itu semua kan pelajaran.

Nak lebih advance boleh cari ilmu bagaimasa untuk rangsang penglihatan dan pendengaran anak pada peringkat bayi. Banyak teknik yang ada berdasarkan kajian dan pengalaman ibu-ibu lain. Di alam maya ni pun banyak perkongsian. Cari, baca dan praktikkan. Tak banyak takpa, asalkan buat. Kalau ilmu banyak tapi tak buat pun tak kemana kan.

Satu ilmu hebat yang saya belajar dari Seminar A.N.A.K.K.U, sedari anak lahir hingga anak usia 3 tahun sentiasa bacakan Al Fatihah padanya. Bacakan berulang-ulang setiap kali pegang anak. Sambil menyusu, sambil tidurkan, sambil meriba malah di mana-mana saja bacakan Al Fatihah kepada anak.

Al Fatihah memang sudah dimaklumi mempunyai seribu satu kebaikan. Bacaannya menjadi rukyah kepada anak. Selain itu, salah satu kelebihannya anak akan mula kuasai bacaan Al Fatihah pada usia 3 tahun. Bacaan anak adalah jelas tanpa pelat. Apabila anak sudah menguasai bacaan Al Fatihah dengan betul, sangat mudah untuk ibubapa mengajar anak mula membaca Al Quran. Dan lebih mudah lagi untuk belajar Alfabet dan nombor kerana ia tidak melibatkan makhraj!

Mudah ja nak mula ajar anak kan.

Betul. Untuk mula ajar anak sebenarnya sangat mudah. TAK PERLU ada diploma pendidikan kanak-kanak pun. Cukuplah ada sekeping hati yang penuh dengan sifat keibuan. Sifat ingin melihat anak membesar dengan cerdas. In syaa Allah perasaan ini akan memandu kita menggali ilmu dengan lebih mendalam lagi.

Jangan jadi mak yang asyik fikir nak bagi anak kenyang, lepas tu duduk diam-diam. Letak depan tv mak boleh buat kerja rumah senang hati. Bagi gajet kat anak mak boleh layan facebook ke sinetron ke dengan senang hati. Kalau ini ada dalam fikiran ibu, memang perjalanan untuk mengajar anak tu sangat sukar.

Kita memang sentiasa beri perhatian pada anak, walaupun ketika buat kerja rumah. Selalu cakap-cakap dengan anak. Selalu rangsang anak. Sentiasa bersedia jawab soalan anak. Sentiasa bersedia dengar cerita anak. Inilah proses pembelajaran di rumah.

Apabila kita lihat sendiri anak mula respon dengan proses pembelajaran awal, pasti hati menjadi girang. Dan jangan hanya berhenti di situ sahaja. Teruskan gali ilmu untuk rangsang anak ke peringkat yang lebih advance. Lagi dan lagi selagi kita bergelar ibu. Walaupun anak sudah ke bangku sekolah, teruskan menggali ilmu bagaimana untuk menjadi ibu yang baik. Ibu yang sentiasa menyokong perkembangan anak-anak ke arah yang terbaik. In syaa Allah.