Magiknya Buku Ni

3
132
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

Salam hujung minggu ibu-ibu. Alhamdulillah hari ni dapat masuk homeoffice awal pagi, uruskan beberapa perkara sebelum mengadap 2 wajah suci tu. ^_^ Walaupun kita ada macam-macam target untuk kerjaya kita, namun target untuk anak jualah yang jadi keutamaan bila dah bergelar ibu ni kan.

Namun bagi saya sendiri, setiap pengorbanan untuk anak itu dapat saya rasakan Allah lebih ‘pandang’. Walaupun semasa melakukannya kita hanya buat dengan pasrah, tapi lambat laun akan terlihat kebaikan darinya.

Contohnya dalam minggu ni kedai cikgu ‘diserang’ dengan produk baru iaitu Buku Magik. Sebenarnya saya dah jumpa buku sejenis dengan ni lamaaa dulu, masa anak 2-3 tahun. Masa tengok tu angkat, letak,angkat letak menengok kan harganya. Sebab kita banding dengan buku biasa kan. Tapi sekali tu ter’angkat’ jugak dan dapat anak menikmati kelebihan buku ni.

Anak berusia 2 tahun sedang mewarna menggunakan magic water brush
Anak berusia 2 tahun sedang mewarna menggunakan magic water brush

Dan tiba-tiba bila buku magik ni menjadi fenomena, saya ada sedikit kelebihan untuk membuat promosi kerana memang mempunyai pengalaman anak sendiri menggunakannya. Alhamdulillah.

Dan hari ini saya nak kongsikan apa yang magiknya tentang buku ni.

Ok, first ianya adalah sejenis buku  -_______-

Jadi kandungan dalamnya adalah mengikut tajuk buku tersebut. Sekarang ni 4 tajuk yang terdapat dalam pasaran ialah My First Word, Transport, Numbers & Animals.

Magic Book

Magiknya buku ni ialah pada permukaan halaman dalam buku ini terdapat lapisan berwarna putih. Lapisan ini apabila terkena air akan bertukar menjadi lutsinar. Dan tadaaa..maka muncullah lukisan berwarna warni yang ada pada halaman tersebut. Dan anak pun menjerit kegirangan, sebab dia ingat itu hasil kerjanya ^_^

Itu magik yang pertama.

Magic BookTransport

Magik seterusnya ialah selepas 10 saat ataupun apabila air mula mengering, lapisan putih tadi akan muncul semula. Dan eh..eh..lukisan tadi pun hilang jugak. Maka sel-sel otak si kecil pun mula berhubung, memikirkan kemana hilangnya lukisannya yang cantik tadi tu.

Dan dia pun terus mewarna lagi. Dan sekali lagi dia exicted.

Dan lagi..

Dan lagi..

Magic Book - Number

Tak percaya? Kena la bagi peluang anak bereksplorasi dengannya.

Untuk anak berusia 1-3 tahun ia menjadi buku yang sangat mengujakan kerana mereka gembira berjaya mewarna dengan sangat cantik! Dan aktiviti ini secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan diri anak-anak untuk terus mewarna menggunakan buku biasa kelak.

Magic Book - Animals

Magic Book My First Word mengandungi 10 halaman yang boleh diwarna. > Insect > Farm Animal > Vegetables > Fruits > The City

Berminat mendapatkan buku yang magik ni?

Boleh buat tempahan di SINI atau Whatapps <Buku Magik> ke +60194715407

 

Previous article5 Cara Bermain Knob Puzzle
Next article5 Kebaikan Buku Magik
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here