Kawan-kawan mesti biasa nampak kan majalah ni kat pasaran. Alhamdulillah ia bahan bacaan yang ‘hot’ kat rumah saya.

Seawal dari bukak sampul pos tu lagi anak-anak dah excited. Belek satu2 mukasurat sampai habis. Dah siap ‘check’ semua mukasurat, mula la seisi abah/ummi bacakan ruangan2 komik yang ada.

Lepas tu si abang akan ambil pensel dan buat semua aktiviti2 yang ada dalam tu. Aktiviti dalam ni memang menyeluruh dari bahasa, matematik, kreativiti dan penerapan amal islami. Jadi jangan silap keluarkan majalah baru waktu malam, nanti jenuh la tunggu beliau ‘stay up’

Tak cukup dengan tu adiknya akan usung majalah ni setiap hari untuk kami bacakan komik2 dalam tu, dan beberapa aktiviti yang dia mula minat. Tak tau la berapa kekerapan kami bacakan untuk mereka, tapi kebanyakan komik tu kami memang dah hafal..haha..

Dan yang bagusnya dia ada ruangan ‘Kenali haiwan’, anak-anak belajar tentang haiwan dalam bentuk komik. Ruangan ‘Atan genius’ pun selalu muatkan pengetahuan am yang kami pun baru tau..hihi.. Bagus kan bacakan buku untuk anak, mak ngan ayah pun ‘terpaksa’ pandai.

Dan yang bestnya, kalau tak da idea nak buat aktiviti dengan anak bolehlah rujuk ruangan ‘Adik kreatif’. Banyak aktiviti melibatkan kreativiti dan konsep asas sains dikongsi di sini. Dah deme asyik dok belek ja majalah tu kan, jadinya ‘terbuat’ la jugak aktiviti2 dalam tu.

Memang ‘fungsi’ majalah ini agak dominan di rumah ini, dan ia terbukti dengan jelas dari ‘2 versi’ koleksi yang kami ada – berbaju dan tidak berbaju..hihi..

Kesimpulannya Majalah Aulad ni sangat la bagus sebagai bahan bacaan langganan untuk anak-anak. Saya merasakan pelaburan RM3.20 sebulan adalah sangat kecil berbanding impak akhlak, ilmu dan budaya membaca yang terbentuk dalam diri anak-anak.

Selamat melanggan majalah terbaik ini untuk anak2 syurga anda diwww.arasmega.com. Semoga sokongan kita akan membantu usaha dakwah ini lebih subur seterusnya makin bercambah bahan bac aan berkualiti ini dalam pasaran, in syaa Allah.