Bulan Ramadan ni mencabar betul nak cari waktu yang sesuai menulis di blog. Sebelum ni idea mencurah-curah nak menulis lepas solat subuh. Tapi bila bulan Ramadan waktu ni lah paling mencabar nak celik mata. Kalau nak elak dari tertidur memang kena elakkan aktiviti pasif macam mengadap komputer ni. ^_^

Alhamdulilah pagi ni ada kesempatan sikit nak menulis. Itupun sebab seronok tengok anakanda Fateh teruja dengan Majalah Inspektor Jawi ni. Majalah ni dah lama saya beli, tapi sengaja simpan untuk aktiviti cuti sekolah ni. Tambahan pula sepupunya Fauzan akan bercuti di rumah kami. Jadi adalah aktiviti bersama nanti kan.

majalahinspektorjawi

Oleh kerana cuti sekolah kali ni Puasa Ramadan, jadi semua aktiviti kita indoor sahaja. Penat main mereka berhenti buat aktiviti dalam majalah ni pulak.

Cadangan asalnya sehari buat 1 siri ja. Tapi bila dia dah seronok habis dibuatnya dalam masa tak sampai 3 hari. Lepas tu asyik tanya bila lagi nak ada majalah macam ni. Subjek lain takda ke? Amboi..kemain berminat dia. Padahal buku ulangkaji lain langsung tak nak tengok. -_-

majalahinspektorjawi

Sampai atas katil nak tidur malam pun dok sibuk buat aktiviti dalam majalah lagi. Kerja sekolah takda la pulak kamu beria gitu 😛

Kelebihan Majalah Inspektor Jawi ni sebab ia majalah jawi pertama yang berasaskan aktiviti. Sesuai dengan fitrah anak yang suka belajar sambil bermain. Kalau ikut kandungan dalam tu banyak juga yang anakanda Fateh masih belum boleh baca sendiri. Tapi sebab dia seronok nak habiskan aktiviti dalam tu, dia minta saya bacakan supaya dia boleh buat sehingga selesai.

majalahinspektorjawi

Majalah ni ikut sukatan KSSR. Jadi ada yang Fateh belum belajar. Tapi sebab dia excited nak buat juga, saya tolong bacakan mana yang dia belum boleh baca lagi.

Memang tak jangka dia sangat berminat dengan majalah ni. Sebab selalunya kalau cuti sekolah dia langsung tak pegang buku akademik. Saya pun malas nak suruh, baru darjah 1 kan. Tapi bila tengok kesungguhan dia buat setiap helaian majalah ni, saya yakin majalah ini disusun sesuai dengan fitrah kanak-kanak belajar.

majalahinspektorjawi

Kandungan Majalah Inspektor Jawi Siri 1

Antara kandungan dalam majalah ini ialah teka silangkata, cari kata, maze, suaikan dan mewarna. Aktiviti yang interaktif ini menyebabkan anak tidak sedar mereka sedang membuat latihan jawi.

majalahinspektorjawi

majalahinspektorjawi

Dengan pelaburan hanya RM10 untuk 5 set, Majalah Inspektor Jawi adalah pilihan terbaik untuk ibubapa yang mahu memberi peluang kepada anak belajar jawi secara interaktif. Bagi anak yang belum menguasai bacaan jawi, boleh dimulakan dengan belajar membaca menggunakan Siri Ibu Ajarku Jawi. Siri ini telah terbukti membantu ramai kanak-kanak belajar membaca jawi dengan mudah.

Untuk tempahan boleh klik di SINI