Meneroka Ilmu di Pameran Sains Pulau Pinang 2016

1
109
views

Hujung minggu baru-baru ini dipenuhi dengan masa bersama anak-anak. Sedari awal pagi saya cuba mencari aktiviti untuk mengisi masa berkualiti bersama anak. Alhamdulillah saya teringat poster mengenai pameran sains 2016 yang lalu di timeline facebook saya beberapa minggu lepas.

Penang Science Fair 2016

Saya pun mencari tentatif program untuk merancang waktu yang sesuai. Pagi sabtu adalah perasmian dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Pasti suasana tapak pameran banyak kawalan dan pergerakan akan menjadi terhad. Jadi saya memelih waktu petang untuk lawatan kami kerana saya akan uruskan anak-anak sendirian memandangkan suami bekerja hari ini.

Ketika maklumkan kepada anak mengenai lawatan ini, mereka sangat teruja kerana tahun lepas mereka telah menyertainya. Anak-anak memang seronok mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan di sana. Usai sampai ke tapak pameran, anak sudah menyebut aktiviti yang mereka sertai tahun lepas seperti aktiviti mencuci tangan oleh BBraun dan bermain dengan robot sensor.

Jadual aktiviti sepanjang Pameran Sains 2016
Jadual aktiviti sepanjang Pameran Sains 2016

Semasa sampai, saya dapati susunan pameran banyak perubahan berbanding tahun sebelumnya. Jadi kami singgah ke setiap pondok pameran yang tidak terlalu ramai pengunjung ataupun aktiviti yang anak-anak berminat untuk sertai. Nampaknya kecenderungan anak masih sama. Mereka berminat dengan aktiviti yang berasaskan melukis dan mewarna.

Kebanyakan aktiviti di sini hanya mengambil masa sekitar 5-10 minit. Ia berakhir dengan anak mendapat ‘idea’ mengenai satu konsep sains dan sebuah cenderahati dari pihak penganjur. Kami berada lebih 2 jam di tapak pameran dan anak sudah bersedia untuk pulang kerana letih berjalan. Walaupun konsep-konsep sains yang diketengahkan dalam pameran ini agak advance, tapi anak kecil dapat menjana idea daripada aktiviti yang dijalanakan.

Ia menjadi hujung minggu yang sangat berkualiti untuk saya bersama anak-anak, Alhamdulillah.

Jom layan gambar-gambar aktiviti anak sepanjang berada di sana.

Meneroka konsep elektrostatik

elektrostatik-custom elektrostatik-2-custom

Membuat geroceptor sendiri

geroceptor-custom geroceptor_animals-custom geroceptor_demo-custom

Menyambung litar elektronik

elektronik-circuit-2-custom elektronik-circuit-custom

Belajar cara cuci tangan yang betul dari Abam Bbraun

cuci-tangan-jpg-2-custom cuci-tangan-custom

Sekitar pertandingan saintis cilik dan robotik

saintist-challenge-custom robotic-challenge-custom

Mencuba pelbagai aktiviti hands on

drum-custom  lego-custom

sendor-customtett-custom

sumo-robot-competition-custom plastic-mould-custom

3d-printer-custom

Tengok orang melukis jugak yang best!

artist-custom

1 COMMENT

  1. […] Saya memang rancang dari awal nak belikan kasut Pallas yang guna inovasi kain ‘mesh’. Kelebihan kain ini ia tak menyerap air, jadi lebih cepat kering. Sesuai lah dengan kami yang tinggal di apartment ni nak jemur kasut. Kasut ni juga lebih selesa kerana mempunyai pengudaraan yang baik. Model yang terkini pula sangat ringan dan selesa. Saya dapat semua maklumat ni semasa lawatan ke Karnival Sains 2017. […]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here