Beberapa bulan lepas, bila tengok Fateh sangat obses melukis, terdetik dalam hati untuk hantar dia ke kelas melukis. Alasannya mudah, saya tak pandai melukis.

Tapi dalam masa yang sama terfikir, perlu kah? Dan akhirnya saya membuat kesimpulan sendiri, mungkin belum masanya. Apa yang saya buat, saya belikan dia 1 rim kertas A4 kosong. Saya bagitau dia boleh ambil kertas tu untuk melukis, guna kedua2 belah dan simpan hasil lukisannya dalam fail folder. That’s all..

Koleksi 2 beradik pada minggu pertama dibelikan kertas A4

Alhamdulillah, saya menjumpai artikel INI. Dan tindakan saya adalah yang terbaik untuk usia Fateh sekarang, In syaa Allah.

Bagi penulis ini yang juga seorang pelukis, keutaamaan untuk anak kecil ialah mereka MENIKMATI aktiviti melukis. Keseronokan ketika melukis adalah jauh lebih penting dari kemahiran teknikal. Ya, perkara ini mungkin menjadi kurang optimum apabila kita menghantar anak ke kelas, kerana anak kecil terpaksa akur dengan sistem di kelas itu.

3 cara ajar anak melukis di rumah adalah bermula dengan

Jangan kata ummi dan abah tak pandai melukis

Seringkali anak yang sedang membesar akan meminta kita melukis itu dan ini. Teringat ketika Fateh sekitar 3 tahun, kerani telah memberikan saya kertas fax jenis gulung kerana mesin fax itu telah rosak. Dan kertas itu telah menjadi saksi pertama minat Fateh terhadap lukisan bila kami perlu lukis apa sahaja yang dipintanya sepanjang kertas fax itu di bahagian depan dan belakang.fuh!

Kadangkala kami katakan kami tak tahu, tapi Fateh tidak menerima alasan itu. Dia tetap meminta kami lukis apa yang dikehendakinya. Akhirnya penuhlah semua bahagian pada kertas itu.

Alhamdulillah, hari ini saya boleh melihat dia melukis dengan sangat yakin. Semakin hari hasil lukisannya semakin jelas. Melihat anak 5 tahun dapat melukis dengan yakin dapat memberikan gambaran kepada saya mengenai kecenderungannya.

Keutamaan pada peringkat awal adalah bina keyakinan diri untuk anak melukis! Peluang juga akan memberi keyakinan untuk anak terus melukis. Dalam memberi peluang kepada abang, adiknya juga mendapat impak. Dalam beberapa bulan sudah dapat dilihat perkembangan kemahiran melukis Faqihah.

‘Bercakap dari hati’ mengenai lukisannya.

Pujian ‘cantiknya’ dan ‘good job’ dah terlalu biasa bagi anak.
Dalami lagi pujian itu dengan memuji kesungguhannya melukis, menyatakan objek yang dilukis dengan baik dan bercerita tentang elemen-elemen lukisannya. Ini akan memberikan kesan yang lebih positif kepada self esteem anak.

Fun art

Beri peluang anak bereksplorasikan dengan pelbagai material seperti warna air, crayon, pensel warna dan lain2 pelbagai teknik kreatif lain. Beri peluang anak zahirkan kreativiti tanpa sekatan mengikut kehendak kita. Hargai apa jua hasil ciptaan anak dan ada akan melihat ia akan bertambah baik dari masa ke semasa.

IMG_20150405_212012

Sediakan ruang untuk anak berekplorasi dan bahan-bahan yang mudah diakses pada bila-bila masa. Ini akan menggalakkan perkembangan anak pada tahap yang optimum.

3 cara ini jauh lebih mudah dari kita hantar anak ke kelas formal. Jimat masa dan wang. Dan bonus dari aktivti ini juga secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan ibu-anak.

Selamat menanam minat anak melukis dan merangsang bakat anak-anak melukis!