Mana lagi penting?

Hasil dari survey rakan-rakan facebok, 9/10 daripada ibu2 berpendapat MINAT membaca lebih penting dari PANDAI membaca.

Pengalaman saya sebagai ibu, memupuk MINAT MEMBACA perlu dilakukan seawal mungkin. Bermula dengan anak sukakan buku, diikuti dengan minat nak tahu kandungan buku.

Semasa anak sulung (Fateh)dulu, saya tidak meletakkan apa-apa matlamat untuk AJAR MEMBACA. Tapi kami sentiasa bacakan buku kepadanya. Fateh akan bawa buku yang dia minat untuk kami bacakan. Rutin santai ini berlaku dimana-mana tanpa apa2 tekanan.

Menjelang usia adiknya(Faqihah) berusia 3 tahun, dia mula ‘mendapat’ habit abangnya. Maka, aktiviti bacakan buku sudah ada giliran. Berlumba2 nak suruh bacakan buku diorang. Keadaan jadi kritikal bila abahnya outstesen. Saya perlu bagi keutamaan masa untuk bacakan buku, kalau tak nak masuk bilik air pun dok ikut dengan buku. Selalu jugak la terpaksa tolak permintaan mereka, sampai la satu hari dapatlah idea.

Ting! Nampaknya dah sampai masa untuk saya AJAR MEMBACA. Saya pun mula lah kumpul bahan2, korek2 ilmu, sampai boleh terjebak dengan grup hebat ‪#‎icanteachmychild‬.

Alhamdulillah dalam lebih kurang 3 bulan ni saya beri sedikit tumpuan, Fateh sudah menunjukkan perkembangan positif dalam pembacaan. Dia dah boleh membaca perkataan2 mudah. Usaha saya lebih kepada kemaskan bacaan sahaja, kerana dia memang belajar membaca di tadika. Faqihah juga saya mulakan teknik fonik secara santai2 setelah dia berusia 3 tahun.

KESIMPULAN sharing ini, kita tak perlu terlalu obses untuk anak boleh membaca pada umur sekian2, gigih nak hantar anak2 kecil ke kelas membaca dan macam2 lagi.

In syaa Allah..In syaa Allah..andai budaya membaca disemai dengan baik, anak2 tidak perlu dipaksa untuk belajar membaca. Keinginan itu akan lahir sendiri kerana minat membaca membuatkan dia sangat ingin memahami ‘keindahan’ di sebalik buku2 yang selalu dibeleknya.

Kalau setuju boleh ikut, tak setuju pun takpa.

Tapi kalau nak cari buku yang bagus untuk ajar anak membaca di rumah klik di SINI

Poster_pantas membaca