Momentum Mendidik Anak

0
172
views

Syawal sudah masuk hari ke 10. Walaupun kebanyakan kita sudah kembali bekerja, namun di sana sini masih banyak topik-topik berkaitan raya. Pada saya, raikan setakat mana perlu. Yang ibadahnya hanya hari raya pertama sahaja. Lain-lain ni lebih kepada budaya.

Alhamdulilah, syawal kali ini banyak agenda berlaku serentak. Selain rutin perayaan biasa di rumah, adik ipar saya juga melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya. Di kesempatan ibubapa saya hadir ke majlis tersebut di kelantan, kami merancang agenda sampingan. Rombongan meminang untuk adik lelaki. Alang-alang datang dari jauh kan.

Syukur semuanya berjalan lancar.

Namun dalam kemeriahan itu, saya ralat dengan diri sendiri. Terasa dalam percutian kali ini saya banyak terbabas dalam aktiviti bersama anak-anak. Jika dulu sambil-sambil dalam kereta masih sempat baca Iqra dengan anakanda Fateh. Tapi sepanjang bercuti ini separuh helaian Al Quran pun dia tak baca.

Aktiviti lain seperti bacakan buku, cuddle time dan sewaktu dengannya pun hampir tak buat. Yang pastinya sepanjang cuti ni saya sangat mudah meletup bila anak buat silap walaupun kecil. -_-

Saya merenung sendirian kenapa boleh jadi macam ni. Antara yang muncul di fikiran saya ialah MOMENTUM. Sejak bulan ramadan lagi saya dah kurang masa berkualiti bersama anak. Waktu petang biasanya anak tengok cerita animasi kanak-kanak. Walhal selama ni itu hanya aktiviti hujung minggu.

Malamnya pula lebih kepada ibadah malam ramadan. Kalau ke masjid anak-anak berterawikh. Kat rumah anak buat aktiviti sendiri bila ummi berterawikh. Waktu mengaji dan menghafaz malam-malam jarang dapat buat.

Bukan salah Ramadan. Tapi diri sendiri yang tak cukup disiplin dalam mendidik anak-anak. Baru berubah masa sikit dah tak boleh uruskan. Dan kesannya terbawa sehingga musim perayaan. Hampir tiada masa berkualiti bersama anak.

Itulah pentingnya MOMENTUM.

Bila kita dah biasa buat dengan konsisten, bila ada perubahan pun masih lagi ada energi untuk teruskan. Sikit-sikit pun ada jugak.

Tapi bila waktu dalam zon selesa pun tak konsisten, keluar dari zon selesa langsung tak mampu praktikkan. Bukan sebab tempat, sebab persekitaran atau benda lain.

Tapi sebab diri sendiri.

Dah kembali ke rumah masing-masing kan? Jom kita sama-sama bina semula momentum itu dan jaga sebaiknya. Semoga setiap detik anak-anak membesar di depan mata kita dimanfaatkan sebaiknya.

Fansurna Ya Allah.

 

Previous articleGaya Hidup Ibubapa Punca Anak Susah Tidur
Next articleCara Latih Anak Duduk dalam Carseat
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here