Nak Anak Berjaya? Ibu Perlu Berkorban Dulu

0
116
views

Ibubapa mana yang tak nak tengok anak berjaya kan. Tak kira apa jua keadaan keluarga kita, semua ibubapa mahu melihat anak-anak mempunyai masa depan yang lebih baik dari diri kita. Kalau kita tak pandai, kita nak anak lebih pandai. Kalau kita susah, kita nak anak hidup lebih senang. Dan kalau iman kita selalu turun dari naik, kita tetap memasang impian anak kita mampu menjadi muslim yang lebih baik. Betul tak?

Kerana itu keinginan melihat anak berjaya adalah lumrah dalam kehidupan. Cuma bagaimana kita sebagai ibubapa dapat membantu anak-anak menjadi dalam kalangan mereka yang berjaya. Rata-rata kita mahu anak berjaya, tapi kita sendiri kurang pasti apa yang perlu kita buat supaya anak kita mengorak langkah ke arah kejayaan.

Sebagai ibubapa, penting untuk kita menggali ilmu dalam usaha menjadi ibubapa yang lebih baik. Ilmu boleh datang dari pelbagai sumber. Mungkin dengar cerita ibubapa yang anaknya sudah berjaya. Mungkin dengan membaca. Dan boleh saja datang dengan kita memerhati sikap ibubapa yang anaknya sudah berjaya. Andai kita memerhati dengan pandangan yang ikhlas, in syaa Allah kita akan temui jawapannya.

Salah satu cerita kehidupan yang saya nak kongsikan di sini adalah mengenai seorang pelanggan Kedai Cikgu. Minggu lepas dia hubungi saya untuk bertanya buku-buku untuk mengajar anak membaca bahasa melayu, bahasa inggeris dan jawi. Setelah dibeli jumlah harga, beliau menyatakan persetujuan untuk membeli.

Tapi dia minta kebenaran dari saya. Katanya dia akan buat bayaran beberapa kali untuk habiskan jumlah tu. Dan pesanan hanya pos apabila bayaran sudah lengkap. Saya pun fikir-fikir ok ja lah, takda apa-apa komitmen tambahan pun dari saya. Semua bayaran boleh disemak dalam online banking. Jadi saya pun setuju.

Dan alhamdulillah keesokan paginya, dia sudah buat bayaran pertama. Pada petangnya dia buat bayaran kedua. Dah selepas 5 hari dia buat bayaran ketiga yang melengkapkan jumlah bayaran untuk pesanannya. Kemudiannya barulah saya tahu itu adalah komisen dari jualan sambilan yang diusahakannya.

Masya Allah, saya sungguh terharu dengan usaha ibu muda ini. Anaknya masih kecil, belum terdesak pun untuk beli semua buku ini. Tapi dia sudah ada matlamat. Matlamat untuk mengajar anak membaca sendiri. Dan dia sanggup untuk berusaha mendapatkannya walaupun perlu kerja lebih. Allahuakbar. Sungguh mulia usaha ibu ini. Tiada kata yang dapat diungkapkan melainkan mendoakan Allah memudahkannya mencapai impiannya.

Begitulah aturan kehidupan kita. Ada yang Allah kurniakan rezeki duit tapi kesuntukan masa. Ada yang duit kurang mewah, tapi Allah kurniakan rezeki masa. Dan luas lagi huraian mengenai rezeki. Apa yang penting adalah kita sentiasa mempunyai matlamat kehidupan yang jelas. Dan sentiasa giigh berusaha untuk mencapai apa jua matlamat untuk mendapat keredhaan dari, in syaa Allah.

 

Previous articleKelebihan Siri Buku Ibu Ajarku Jawi
Next articlePengalaman ke Fiesta Belon Panas Pulau Pinang
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here