Tips Beli Rumah Untuk Yang Bekerja Sendiri
in BIJAK NIAGA

Tips Beli Rumah Untuk Yang Bekerja Sendiri

Tips Beli Rumah Untuk Yang Bekerja Sendiri ini saya catat dari perkongsian seorang perunding hartanah berpengalaman. Alhamdulillah hari ini berpeluang belajar ilmu penting untuk orang bisnes yang nak beli rumah sendiri. Bagi orang bisnes, kelayakan membeli rumah di nilai dari profiling kewangan kita. Transaksi harian tidak penting jika profile kewangan kita tidak menepati kehendak bank. Ini adalah panduan asas membina profile kewangan yang dikongsi oleh agen hartanah, Puan Noraini Rahim. Tips Beli Rumah Untuk Yang Bekerja Sendiri PERTAMA : Berdaftar dengan SSM Perkara paling asas untuk layak membuat pinjaman ialah mendaftar syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ini bagi menunukkan…

Continue reading
Panduan Lengkap Melancong ke Korea dalam Satu Buku
in Review

Panduan Lengkap Melancong ke Korea dalam Satu Buku

Panduan Lengkap Melancong ke Korea. Dae-bak! Fuh, inilah kali pertama Sakinah ambil tahu pasal korea sampai boleh tahu sedalam-dalamnya. Sampai boleh tulis pasal Panduan Lengkap Melancong ke Korea pulak. Sebelum ni apa beza korea utara dengan korea selatan pun tak pernah ambil tahu. Haha. Dah baca buku ni barulah faham kenapa K-POP tu sangat besar impaknya kepada dunia hiburan. Rupanya ia adalah agenda terancang kerajaan Korea untuk pulihkan ekonomi negara yang sangat kritikal ketika itu. Artis korea mempunyai kontrak yang panjang melebihi 7 tahun. Mereka akan diajar bukan setakat untuk kembangkan bakat seni tetapi pelbagai kemahiran lain untuk menyediakan mereka…

Continue reading
Taman Metropolitan Relau, Tempat Rekreasi Menarik untuk Kanak-kanak di Penang (1)
in Aktiviti Anak

Taman Metropolitan Relau, Tempat Rekreasi Menarik untuk Kanak-kanak di Penang

Taman Metropolitan Relau, Tempat Rekreasi Menarik untuk Kanak-kanak di Penang. Bila ada anak sedang membesar pasti akan tercari-cari tempat nak bawa anak bersiar-siar hujung minggu kan. Tambahan pula jika tinggal di rumah apartment, lagi lah rasa kesian kalau tak bawa anak keluar menghirup udara yang segar. Kalau di Penang, salah satu tempat kegemaran kami ialah Taman Metropolitan Relau ni. Kawasannya luas dan banyak aktiviti seisi keluarga yang boleh dibuat di sini. Suasana hijau dan udara yang segar ini sentiasa dirindui oleh penduduk di bandar macam kami ni. Taman ini terletak di dalam kawasan perumahan di Relau, Bayan Lepas. Boleh google…

Continue reading
Set Tidur Lena Tasneem penyelesaian untuk Masalah Bayi Susah Tidur
in Review

Set Tidur Tasneem penyelesaian untuk Masalah Bayi Susah Tidur

Set Tidur Tasneem telah membantu ramai ibubapa yang mempunyai anak kecil terutamanya ketika baru lahir. Mendapat cahaya mata memang pengalaman yang indah untuk setiap pasangan, namun ia juga permulaan kepada cabaran untuk korbankan waktu tidur malam yang enak.hehe. Masih ingat lagi ketika menyambut kelahiran anak sulung kami, hampir setiap malam terpaksa bergilir berjaga malam kerana dia tak nak tidur. Kalau tidur pun hanya tidur-tidur ayam, siap nak lena atas tapak tangan suami pulak tu. Memang anak bertuah kan.haha. Sebab tu la bila anak dah besar dan saya jumpa Set Tidur Lena Tasneem ni rasa bahagianya lah kalau dari dulu jumpa…

Continue reading
Cara Buat FB Ads yang Berkesan untuk Newbie
in BIJAK NIAGA

Cara Buat FB Ads yang Berkesan untuk Newbie

Bila kita baru berbisnes, semua benda kita rasa nak buat waktu tu jugak kan. Apa yang orang cakap boleh hasilkan jualan mesti kita pun nak terjah buat. Terjah menterjah ni memang amalan mulia di kalangan orang bisnes.haha. Yer la kalau kau nak bisnes tapi banyak sangat fikir gitu gini, lambat buat tindakan memang asyik makan asap la dok dalam dunia bisnes. Ia dunia yang semua orang berfikir dengan cepat dan bertindak dengan pantas. Tapi untuk terjah guna marketing berbayar seperti FB ads ni, perlu jugak persediaan mental supaya anda tak terjatuh dalam lubang yang terlalu dalam. Ini pengalaman saya ja,…

Continue reading
Tips-Penting-Asah-Bakat-Anak-Pandai-Melukis
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Tips Asah Bakat Anak Pandai Melukis

Tips Asah Bakat Anak Pandai Melukis ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Anak kedua ni sering di bayangi dengan bakat abang atau kakaknya. Anakanda Fateh memang dari awal suka melukis komik. Tapi Faqihah lebih cenderung pada lukisan bebas tapi ada plot cerita. Bila Fateh asyik ajak dia lukis komik, dia pun mengadu kat saya “Ummi, adik tak pandai la lukis komik macam Fateh” Takpe, adik lukis ja apa2 yang adik nak lukis. Tak payah ikut orang lain. Dan hasilnya kebelakangan ni Faqihah kerap lukis kronologi cerita macam ni. Tatau la panggil apa kan, tapi dia enjoy dengan apa yang dia…

Continue reading
5 Tips Sentiasa Bersemangat dalam Bisnes
in BIJAK NIAGA

5 Tips Sentiasa Bersemangat dalam Bisnes

Tips Sentiasa Bersemangat dalam bisnes ni adalah jawapan yang saya selalu jawab. Bila jumpa kawan2 yang sama2 berbisnes, ramai yang tanya soalan ni. Macam mana nak kekalkan momentum dalam bisnes? Pada saya benda ini biasa masa awal2 kita mula berbisnes, sebab belum faham macam mana rentak orang berbisnes. Bila kita dah belajar macam2 ilmu, dah lalui beberapa fasa dalam bisnes perkara macam ni tak sepatutnya jadi isu la. Sebab nak bisnes memang kena ada momentum, kalau tak macam mana nak gerak sebab takda orang yang akan datang ketuk kita sepanjang masa. Segalanya mesti bermula dari diri sendiri. Tapi dari pengalaman…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan, Kesihatan bayi dan kanak-kanak

Doktor Ini Kongsi 5 Cara Selamat Hilangkan Sembelit pada Bayi & Kanak-kanak

Cara Selamat Hilangkan Sembelit antara ilmu penting yang saya selalu cari. Pengalaman dua orang anak mengalami sembelit yang panjang menyebabkan saya sangat concern dengan isu ini. Masa Fateh tak berak berhari-hari saya pernah bawa dia berjumpa pakar kanak-kanak. Kemudian Faqihah pulak pernah sembelit sampai berak berdarah sampai rujuk kat doktor jugak. Semua ni jadi pengalaman untuk saya dan saya catatkan di sini supaya lebih ramai ibubapa dapat elakkan kejadian ini berlaku pada anak masing2. Hari ini saya dengar perkongsian mengenai sembelit dari Dr Amalina Mohd Daud, Founder Makanan Bayi Toddible yang berpengalaman luas mengendalikan kes berkaitan sembelit bayi dan kanak-kanak….

Continue reading
Spray Tidur Sleepy Pillow Mist, adakah berbahaya seperti ubat tidur?
in Umum

Spray Tidur Sleepy Pillow Mist, adakah berbahaya seperti ubat tidur?

Sejak Tasneem Naturel lancarkan semburan aromaterapi untuk mudahkan tidur, kerap kami dihujani dengan soalan adakah produk ini selamat? Ramai yang merasa ragu2 untuk mencuba kerana bimbangkan kesan buruk yang mungkin timbul dari Sleepy Pillow Mist ni. Apatah lagi rata-rata yang mahu dapatkan spray ini adalah untuk anak kecil yang susah tidur, jadi mestilah lebih berhati-hati kan. Ok sebelum kita nak tau bahaya atau pun tak, kita perlu tahu apa kandungan yang ada dalam Sleepy Pillow Mist ni. Ok, inilah bahan utama yang ada dalam spray Sleepy Pillow Mist ni. Minyak pati (Essential oil) dari Tea Tree dan Lavender yang dilarutkan…

Continue reading
Apakah-Psoriasis-dan-Adakah-ia-Berjangkit-1
in Umum

Apakah Psoriasis dan Adakah ia Berjangkit?

Sejak Tasneem Naturel perkenalkan rawatan semulajadi untuk masalah kulit, pelbagai masalah kulit dirujuk kepada kami. Pastinya pengidap masalah kulit sentiasa mencari yang terbaik untuk mengatasi masalah yang mereka sedang hadapi. Salah satu masalah kulit yang saya pun baru tahu mengenainya ialah Psoriasis. Bila tengok gambar barulah saya tahu ia adalah sejenis masalah kulit yang biasa kita jumpa, cuma tak tahu apa namanya. Psoriasis ialah sejenis penyakit auto imun kronik yang menjejaskan kulit dan berbentuk tompokan merah menebal serta diliputi oleh sel kulit mati berwarna putih keperangan. Tompokan ini sering terbentuk pada kulit kepala, lutut, siku dan bahagian bawah belakang badan…

Continue reading
Tips Urus Masa di Dapur bagi Wanita Bekerja dari Rumah
in BIJAK NIAGA

Tips Urus Masa di Dapur bagi Wanita Bekerja dari Rumah

Hari ni anak balik awal sempena musim peperiksaan. Rasa macam kejappp sangat masa diorang kat sekolah. Mak banyak lagi urusan bisnes belum setel ni.haha. Mujur la gulai ayam semalam banyak lebih. Jadilah menu hari ni gulai ayam perangat, ayam goreng panas2 lawan dengan sambal bilis Cik Nor. Fuhh..tak sedar licin sepinggan. Menu makan dengan anak2 lepas diorang balik sekolah biasa simple2 ja. Nanti petang baru masak semula untuk bos pulak. Teringat sembang2 kat grup wasap agen Tasneem Naturel pasal pengurusan masa. Untuk jimatkan masa kat dapur, macam2 strategi yang WAHM (working at home mom) ni buat. Masak sekali sahaja dalam…

Continue reading
4-Sebab-Penting-Perlu-ada-Impian-Hidup
in BIJAK NIAGA

4 Sebab Penting Perlu ada Impian Hidup, Sebab Yang Akhir tu akan Buat Anda Gembira Setiap Masa

Saya sedang baca sebuah buku terkenal yang ditulis oleh John C. Maxwell ; 3 Things Succesful People do. Beliau ada penulis best seller New York Times. Buku beliau antara yang sering disebut sebagai bacaan wajib buku-buku motivasi kejayaan. Dalam satu bab buku ini cerita macam mana powernya hidup kita bila ada impian. Ada 3 benda penting yang akan berubah bila kita ada impian. Menjadi petunjuk hala tuju hidup Kita tak pernah orang yang sangat berjaya berkongsi mereka tak tahu apa yang nak dicapai dalam hidup. Tak pernah. Yang ada adalah mereka yang sangat jelas apa yang nak dicapai dalam hidup…

Continue reading
Close