Kelahiran new baby memang sesuatu yang ditunggu-tunggu, namun dalam masa yang sama hati tetap gusar memikirkan reaksi si kecil kelak. Adakah jenis mudah diurus, ataupun asyik menangis sehingga kita tenggelam punca. Ini antara kerisauan menyambut new baby tak kira lah anak sulung mahupun dah masuk dua tiga orang.

Tasneem Naturel Lancarkan New Baby Range, Produk Bayi Terbaik di Malaysia
Kelahiran setiap anak adalah unik

Kebimbingan ini memang berasas. Kerana kelahiran setiap manusia adalah unik, ia tak mungkin sama 100% dengan adik beradik lain walaupun kembar. Begitulah indahnya ciptaan Allah yang bernama manusia ini, yang mewarnai kehidupan kita dengan cara tersendiri.

Saya sendiri semasa anak sulung kehidupan agak caca merba. Rasa macam-macam ilmu parenting dah baca, tapi bila anak keluar serba tak kena jugak. Itulah beza teori dan praktikal kan, tak mungkin semuanya sama. Cuma dengan sedikit persediaan ilmu kita akan lebih matang menghadapi keadaan.

Pakej Newborn Tasneem Naturel, Persediaan Penting Sambut New Baby
2 beradik yang jauh beza peel nya semasa bayi

Masa anak kedua pulak macam-macam persediaan buat, alih2 anaknya sopan saja. Tak banyak kerenah dan mudah diurus. Masya Allah rezeki masing2 la kan. Tak semestinya anak sulung mudah diurus, adik2 nya pun mudah. Lain-lain pengalaman setiap anak.

Tapi hadap ja setiap anak tu tenang hati terbuka, mereka akan jadi kenangan terindah dan pengalaman berharga untuk kita kelak.

Namun sebagai ibu yang dah melalui fasa mencabar anak sukar diurus, saya sangat galakkan ibu-ibu buat persediaan sebaiknya sebelum kelahiran. Bila ada persediaan, masalah timbul kita tak kelam kabut buat persediaan.

Sokongan suami dan keluarga sangat penting ketika saat awal menyambut kelahiran

Satu persediaan penting yang saya sangat syorkan untuk sambut newbaby ialah sediakan Set Balm Bayi Newborn dari Tasneem Naturel ni. Set lengkap ini mengandungi 3 jenis balm iaitu T rub, CF rub dan Calmtime. Semua balm yang sangat diperlukan untuk baby terutamanya yang baru lahir.

Pakej-Newborn-Tasneem-Naturel-Persediaan-Penting-Sambut-New-Baby
Pakej Balm Bayi Newborn 3 jenis balm iaitu T rub, CF rub dan Calmtime

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej ini boleh hubungi Agen Sah Tasneem Naturel seluruh Malaysia

Balm T rub dirumus dari minyak-minyak tumbuhan (essential oils) untuk membantu masalah berkaitan penghadaman. Bayi baru lahir kebiasaannya usus belum matang sepenuhnya. Kerana itu bayi sering kembung, sembelit dan cirit birit.

Dengan urutan bersama balm T rub, kita dapat bantu proses penghadaman bayi berlaku lebih lancar. Lebihan angin dapat dikeluarkan sekaligus mengelakkan bayi kembung. Urutan pada perut juga dapat bantu atasi masalah sembelit dan cirit-birit.

Di dalam Set Balm Bayi Newborn dari Tasneem Naturel ini juga mengandungi balm CF Rub. Balm ini berfungsi untuk membantu atasi masalah berkaitan rongga pernafasan iaitu selsema, batuk dan cairkan kahak.

Balm CF rub ini juga dapat bantu keluarkan lebihan lendir pada bayi baru lahir. Ada bayi tak alami batuk, tapi bila bernafas ada bunyi lendir. Ini adalah lebihan lendir yang belum habis dikeluarkan semasa lahir.

Pada asasnya lendir ini tidak merbahaya dan boleh keluar sendiri dari badan bayi. Cuma akan jadi bahaya jika bayi alami jangkitan, lendir ini akan bertambah banyak. Jadi sangat digalakkan untuk guna balm CF rub ini untuk cairkan lendir tersebut dan ia keluar bersama najis bayi.

Pakej-Newborn-Tasneem-Naturel-Persediaan-Penting-Sambut-New-Baby

Rata-rata bayi baru lahir mudah meragam, tidur tak nyenyak dan menangis tak tahu punca. Ini semua cukup untuk buat kehidupan ibu berpantang jadi huru hara dan tertekan.

Tambahan pula jika kita berpantang sendiri, gangguan dari anak lain dan pasangan kurang membantu. Ini semua adalah faktor yang boleh membawa pada masalah gangguan mental dan emosi yang lebih kronik.

Kerana itu memastikan bayi sentiasa dalam keadaan tenang dan mudah diurus adalah sangat penting bagi ibu terutamanya ketika berpantang. Kerana itu balm calmtime menjadi pembantu penting untuk ibu uruskan newbaby.

Balm calmtime ini dirumus dengan pati minyak yang dapat merembeskan hormon tenang seperti Lavender, Orange dan Geranium. Bila hormon tenang stabil, bayi akan kurang meragam dan rasa lebih selamat untuk tidur.

Malah ibu juga sangat digalakkan menggunakan balm calmtime ini tenangkan diri sebelum menghadapi kerenah anak-anak.

Apa yang penting adalah ibubapa cuba sehabis baik sediakan perkara-perkara yang dapat membantu kita uruskan bayi dengan lebih mudah. Dan akhirnya semua produk dan petua hanyalah pembantu. Apa yang jauh lebih penting adalah kemahiran kita menguruskan bayi sebaiknya.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej ini boleh hubungi 0194715407

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge