Pemasaran Blog, lebih Mesra Ibu Bekerjaya

1
52
views

Teks : Sakina Hamid

Saya selalu bersembang dengan ibu-ibu yang sedang mengorak langkah sebagai usahawan. Rata-rata isu kami dalam membangunkan bisnes hampir sama. Cuma ada satu masalah yang agak dominon ialah kekangan masa untuk membuat aktiviti pemasaran.

Kebanyakan kami menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran. Namun kekangan masa menyebabkan aktiviti pemasaran tidak konsisten, sekaligus memberi kesan kepada naik turun bisnes. Kebiasaan menjadi ‘burung hantu’ menyebabkan medium marketing yang bersifat ‘live time’ menjadi kurang efisen untuk kami.

work-at-home-2

Saya sendiri mengalami kekangan pemasaran melalui media sosial ‘live time’ seperti facebook dan instagram. Namun setelah mencuba berblogging, saya dapati ianya lebih mesra ibu-ibu yang sering berkerja mengikut masanya sendiri.

Ada banyak kebaikan membuat pemasaran melalui blog. Antara yang saya dapat senaraikan ialah

Kerja sekali, untung berkali-kali

Sebagaimana yang kita sedia maklum, entri pada blog tu kekal selagi masa alamat web kita wujud. Walaupun entri itu sudah di tulis bertahun-tahun lamanya, ia masih lagi boleh diakses dengan mudah oleh pelawat. Jadi usaha kita untuk menulis satu entri itu akan terus membawa hasil selagi mana ia relevan dengan keperluan pelanggan.

Berbanding media sosial yang bersifat live time, post yang susah lama sudah tidak aktif dan sukar diakses semula.

Menjimatkan masa melayan pelanggan

Apabila menulis di blog, kita boleh memberi maklumat selengkapnya mengenai produk tersebut. Jadi pelanggan yang menghubungi kita setelah membaca blog memang sudah berminat untuk membuat belian. Jadi masa untuk melayan dapat dijimatkan sehingga 95%. Dan jarang-jarang pelanggan dari blog akan melengahkan bayaran mahupun membatalkan jualan. Ini kerana mereka memang pelanggan yang serius hendak mendapatkan maklumat tersebut.

work-at-home

Ia sangat berbeza dengan pelanggan yang melihat iklan di facebook mahupun instagram. Mereka mungkin menghantar mesej hanya kerana melihat sekeping gambar. Jadi banyak proses perlu dilakukan untuk menyakinkan pelanggan dan memahamkan mengenai produk.

Fleksibel

Mengemaskini kini blog fleksibel dilakukan pada bila-bila masa. Ia sangat sesuai dengan kehidupan ibu berbisnes yang lebih tenang bekerja di kala semua orang sudah dibuai mimpi. Kita dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam menghasilkan entri yang berkualiti, dan diterbitkan mengikut kesesuaian masa. Oleh kerana blog biasanya diakses melalui google, jadi tiada masalah mengenai kesesuaian waktu artikel diterbitkan.

work-at-home-jpg-3

Ia sangat berbeza dengan pemasaran di facebook yang bersifat ‘live time’. Jika kita update pada waktu tengah malam di mana semua orang sedang enak tidur, keesokan harinya post tersebut sudah tenggelam dek post yang baru. Walaupun terdapat fungsi penjadualan (schedule) menggunakan kaedah tertentu, tapi masih banyak juga kelemahannya.

Kurang gangguan

Aktivtiti berblogging berlaku dalam keadaan yang tenang. Kita tidak tahu apa yang berlaku di ‘rumah’ orang lain melainkan kita pergi melawat. Hanya komen sahaja yang akan menghubungkan kita dengan dunia luar. Jadi kelebihan ini amatlah berbaloi bagi ibu-ibu yang mempunyai masa berkualiti yang amat terhad untuk membuat aktiviti marketing.

distracted-reading-main

Dan ini jauh berbeza jika online di facebook kerana sangat banyak gangguan. Mungkin niat asalnya nak update status, tapi kemudiannya terlihat ada pm masuk. Kemudian ada notification baru masuk dan sebagainya. Semua ini sangat mudah mengganggu tumpuan sekaligus akan mengurangkan kualiti aktiviti pemasaran yang dijalankan.

Kuasa ‘Google’

Sebagaimana yang kita tahu, kuasa google masih mengatasi medium pemasaran online yang lain. Apabila prospek mula mencari, dia akan ke google. Jadi kebarangkalian untuk berjumpa dengan blog kita lebih tinggi. Berbanding pemasaran media sosial, kita mencari dimana prospek berada. Jadi dalam pencarian itu kita akan berjumpa dengan bukan prospek, pembeli atas pagar dan pelanggan yang serius. ia memerlukan satu proses lagi untuk mengasingkan mereka ini sebelum berjaya membuat jualan.

google

Ulasan mengenai kuasa google ini sangat banyak dikongsikan oleh mereka yang jauh lebih berpengalaman. Ini hanya sedikit cetusan berdasarkan pengalaman peribadi sahaja.

Semoga 5 kebaikan pemasaran di blog ini dapat menjadi panduan anda jika berminat mendalami bidang ini. Jika anda kurang merasai kesukaran untuk mengemaskini blog, baca panduan yang saya kongsikan di Update blog cara mudah.

Previous articleBagaimana Saya Mula Berblogging
Next articleKelebihan Pergi Kuala Lumpur Menaiki Bas
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here