Pendidikan Anak Paling Awal dalam Islam

0
133
views
DrDanialZainalAbidin

Alhamdulillah hari Ahad baru-bari ini saya berpeluang hadir ke Kuliah Tafsir yang disampaikan Dr Danial Zainal Abidin. Kuliah kali ini membincangkan intisari ayat Surah Ali Imran dari ayat 35 – 41. Perbincangan mengenai pendidikan paling awal kanak-kanak ini sangat menarik minat sangat untuk berkongsi ilmu tersebut dengan lebih ramai ibubapa.

DrDanialZainalAbidin

Di sini adalah catatan saya berdasarkan perbincangan di dalam kuliah tersebut.

Iktibar Ayat 35

“(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Ayat ini menceritakan Hannah bernazar untuk abdikan anaknya kepada BaitulMaqdis.

+ Ibu solehah mesti menanam azam sejak anak di dalam kandungan.
+ Azam yang paling utama ialah memohon kepada Allah supaya anak itu kelak mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah.

Iktibar ayat 36

“{……dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

+ Anak yang baru dilahirkan tidak salah untuk terus diberi nama, berpandukan pada ayat ini.
+Dan boleh juga ibubapa mengambil sunnah mengumumkan nama anak pada hari ke 7

baitul-maqdis

BaitulMaqdis

Sumber : Binhakim.blogspot

+ Sebaik melahirkan anak, ibu terus BERDOA memohon perlindungan Allah dari gangguan Iblis dan syaitan ke atas anak dan zuriat keturunannya.

Iktibar ayat 37

“Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria….}”

Menurut rumusan HAMKA mengenai ayat ini, untuk hasilkan anak yang baik dengan izin Allah perlu ada 3 perkara

1)Ibubapa yang baik (terdidik)
2)Pengasuh yang baik & dihantar ke sekolah yang baik (Seperti Maryam yang dibesarkan di mihrab di sisi Nabi Zakaria yang sedang beribadah)
*Ibubapa perlu pastikan pengasuh/bibik/guru di sekolah adalah berakhlak mulia
3) Suasana rumah dan persekitaran yang baik dan terdidik

Iktibar ayat 38

“Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

+ Naluri ingin mempunyai anak adalah fitrah bagi pasangan yang sudah berkahwin
+ Dari sebelum mengandung sudah amalkan doa memohon anak dari keturunan yang baik

Iktibar ayat 41

{..dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi”.

– Dalam mengharap dikurniakan anak (rezeki), banyakkan bersolat dan berzikir sebanyak-banyaknya. Bertasbih memuji Allah dengan penuh penghayatan dan mengharapkan keredhaanNya.

Perbahasan yang lebih lengkap boleh diikuti di pautan berikut.

Previous articleKentang Senyum Faqihah
Next articleGrup Geng Ibu Muda
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here