Pengalaman Anak Buat Aiskrim Sumi

0
51
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

Sekolah anakanda Fateh nak buat sambutan hari guru pada hari Jumaat. Saya bertanya kalau dia ada idea apa yang nak dibawa untuk jamuan di sekolahnya. Dia kata tak kisah ja, bawak ja apa-apa yang ummi buat.

Saya pun dapat idea untuk buat aiskrim sumi ni, kerana sesuai untuk jamuan tadika dan boleh disediakan dalam kuantiiti yang banyak. Jadi saya pun belilah bahan-bahan untuk membuat aiskrim sumi ni.

Bila anakanda Fateh tengok bahan-bahan ni, dia sangat teruja. Tambah pula bila saya maklumkan ia untuk jamuan di sekolahnya. Tak sabar-sabar dia nak tolong saya sediakan aiskrim ni.

Kami pun bahagi tugas. Anakanda Fateh akan masukkan 4 warna sumi berlainan kedalam bekaskecil, saya isikan sumi dan susu ke dalam plastik aiskrim. Adik pula tukang kira dan masukkan aiskrim sumi ke dalam freezer.

IMG_20160518_200925 IMG_20160518_195751

Proses membuat aiskrim sumi berjalan lancar. Pada permulaannya terkial-kial juga Muhammad Fateh nak sudukan sumi yang licin tu. Dan selalu la jugak salah pilih gabungan warna. Tapi belum habis separuh bancuhan aiskrim sumi, dia nampak semakin cekap dengan tugasnya.

IMG_20160518_195225

Malah saya juga dapat mengambil kesempatan untuk terapkan budaya penyediaan makanan yang bersih. Setiap kali nak mulakan kerja kena basuh tangan dan jangan bercakap di atas makanan yang terbuka. Sampai anak-anak buat tindakan lucu, bila nak bercakap ja mereka akan pusingkan badan ke belakang. Kelakar!

Apa-apa pun saya yakin ia pengalaman berharga untuk anak-anak saya. Sekali buat saya hanya dapat siapkan satu bancuhan, dah letih. Tapi Fateh masih minta untuk buat lagi satu bancuhan kerana belum cukup untuk kawan-kawannya.

IMG_20160518_201837

Dan dia sanggup tak nak makan di rumah kerana nak makan bersama kawan-kawannya di sekolah. Macam-macam peel kan. Dan Alhamdulillah anakanda Fateh gembira apabila cikgunya membahagikan aiskrim itu kepada semuakawan-kawan sekelasnya selepas habis seisi persekolahan.

Semoga pengalaman yang sedikit ini akan membentuk jati diri positif kepada anak-anak saya. Ameen.

Previous articleAktiviti Matematik untuk Anak 3 Tahun
Next articleKepentingan Koordinasi Mata-Tangan (Hand-eye coordination)
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here