Semalam saya bagi peluang kepada anakanda Faqihah cuba gunakan liquid chalk ini. Walaupun sebenarnya dia dah tak perlu pun liquid chalk ni. Dia dah besar dan tiada masalah alahan habuk, alhamdulillah. Tapi sebab nak ambil ‘feel’ menggunakan produk, jadi saya pun korbankan lah sebatang liquid chalk untuknya. 😛

Mula-mula guna tu heran jugak, eh kenapa tak keluar dakwat ni. Tak kan keras kat dalam kot. Goncang-goncang ada ja bunyi. Belek kat pen ooo..dah diberi cara untuk untuk. Mula-mula goncangkan pen. Ada la bunyi guli macam kat liquid paper tu. Lepas tu kena tekan mata pen tu beberapa kali sampai dakwat meresap padanya. Bila dah meresap tu boleh lah guna dengan jayanya.

Faqihah pilih warna pink. Bila tulis atas blackboard yang hitam menawan tu memang menyerlah warnanya. Cantik sangat. Mak yang teruja lebih sebenarnya. Haha..  Dakwat liquid chalk ni nampak macam liquid paper. Dakwat dia licin ja keluar masa menulis tu. Jadi anak pun jadi seronok nak melukis. Anak pun suka tengok hasil lukisan sendiri, Alhamdulillah.

LIQUIDchalk

Lepas dah lukis boleh padam guna kain basah. Kalau padam terus lepas lukis tu memang boleh keluar semua bersih. Tapi kalau dibiarkan agak lama, akan ada bayang-bayang tulisan itu setelah di padam. Pada saya ia adalah kelemahan yang ada pada liquid chalk ini. Ia menyelesaikan masalah kapur berhabuk, tetapi tidak dapat dibersihkan sepenuhnya bila dibiarkan lama. Biasalah ciptaan manusia, pasti ada kelemahannya kan.

Namun ada cadangan untuk mengatasi masalah ini. Boleh gunakan spray pencuci tingkap untuk menghilangkan kesan liquid chalk ini. Kaedah ini juga boleh digunakan apabila tulisan sudah tidak boleh dipadam selepas seharian. Jadi blackboard sticker masih berpeluang untuk kembali ke keadaan asal cuma memerlukan sedikit usaha untuk menjaganya dengan baik.

LIQUIDchalk

Pengalaman peribadi saya, pengalaman menggunakan liquid chalk adalah sesuatu yang mengujakan anak kecil. Lukisan cantik yang terhasil akan merangsang anak untuk terus berkreativiti dengan gembira. Ia juga menjadi alternatif terbaik kepada ibubapa yang mahu memberi peluang kepada anak menggunaan blackboard tetapi tidak terdedah kepada habuk kapur.

Pilihan ada di tangan kita. Pilihlah yang terbaik asalkan anak-anak kita tidak disekat untuk menikmati kebaikan dari aktiviti menconteng. Selain itu secara tidak langsung ia juga dapat mengatasi masalah anak suka menconteng dinding.

Untuk tempahan blackboard sticker dan liquid chalk boleh klik di SINI