Madinah Al Munawarah, bandar penuh ketenangan. Masa isi borang jawapan terima tawaran haji, Saya tak berbincang pun dengan suami. Sebab masa tu dia memang tak berapa sepenuh hati untuk pergi haji tahun ni.

Masa tu keadaan ibu mertua saya sudah semakin uzur. Suami semakin letih dengan tugas di pejabat yang berlambak di awal tahun, urus ibunya, anak bongsu yg banyak kerenah tiap2 pagi untuk ke sekolah. Memang letih.

Jadi saya buat keputusan sendiri untuk pilih Madinah. Lagipun suami dah banyak kali pi haji, dah tak kisah sangat. Jadi bini yang kali pertama nak pi ni ja buat pilihan ๐Ÿค—๐Ÿค—.

Kenapa pilih Madinah?

Satu sebab saya selalu berdoa nak jadi yg teristimewa, saya nak sampai awal.hahaha bukan2 gurau ja. Sebab utamanya ialah saya nak dapat peluang ke raudhah berkali-kali, ketika umrah yang lepas saya cuma berkesempatan 2 kali masuk Raudhah sebab uzur syar’ie. Tu pun tengah malam sesudah solat terawih dan orangnya Masya Allah ramai kemain.

Alhamdulillah kali kedua ini saya nak rebut peluang terindah ini sebanyak mungkin. Sedih jugak sebab jemaah Malaysia hanya berada di Madinah 6 hari sedangkan jemaah haji negara lain 8 hingga 10 Hari. Dapat genapkan 40 waktu solat fardhu di Masjidil Nabawi. Tapi takpalah Tabung Haji lebih mengetahui kenapa jadual kami disusun begitu.

Kali pertama masuk bersama mutawwifah Tabung Haji, saya bawa bersama seorang makcik yang uzur dan kerap ikut orang yang tidak dikenali. Saya cuba memohon bantuan dari mutawwifah TH utk dibenarkan makcik tersebut masuk awal namun tak dibenarkan.

Terlintas di hati, man jadda wa wajada. Saya mohon bantuan mutawwifah Singapore. Alhamdulillah makcik tersebut dibawa masuk awal. Lega saya. Selesai semua makcik hanya menunggu kami di pintu keluar. Menangis dia dipermudah urusan, tak perlu berebut.

Alhamdulillah pilihan untuk ke Madinah dahulu memang berbaloi. Jumlah peluang ke Raudhah melebihi yang saya jangkakan. Alhamdulillah saya sihat, dapat bantu orang lain masuk dan pernah berada di Masjidil Nabawi hingga jam 2 pagi menunggu org tersasar. Keras kejung juga ketakutan kalau2 makcik2 tu hilang๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ

Suasana dan undang-undang Arab ni boleh berubah sekelip mata. Walaupun duduk bersama org asia, ntah macam mana tetiba boleh Arab, Turkish, kulit hitam join masa bergerak masuk ke Raudhah. Heran bin ajaib betul.

Akibatnya makcik2 tu hilang dari radar. Tentunya teruk dirempuh dan diasak. Allah..hanya berdoa agar depa pandai cari pintu keluar, pintu 25. Saya takkan bergerak bimbang kalau makcik2 sampai pintu tu dak org yang dikenali. Lagi risau & hilang pertimbangan mereka.

Alhamdulillah doa-doa di Raudhah banyak sangat yang Allah dengar. Banyak sangat yang Allah maqbulkan. Satu ja yg belum, saya nak ramping dan segak mcm Erra Fazira๐Ÿ™ˆ.

Life di Madinah mmg best, aman damai, tenang dan lapang. Orang Arab madinah lebih sopan dan berbudi bahasa. Makanan di madinah lebih murah dan pure. Di mekah ‘tokmiyyah’ nya tak terasa langsung kacang ๐Ÿ™„.

Di Madinan tak dak aktiviti lain selain solat 5 waktu, iktikaf di masjid masa tu best sangat. Selalu di depan sekali, tak payah berebut2, minum zam2 sampai kembung ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ.

Yang penting banyaknya selawat sampai saya terasa nyesal kenapa saya tidak dapat menghafal lebih banyak selawat. Kerana selawat yang saya hafal menjurus kepada memohon dunia untuk saya seperti Selawat Tafrijiyah, Selawat Munjiyah dan Selawat Syifa’.

Nak shopping pun senang, kat bawah hotel banyak kedai. Saya berjalan-jalan juga ke kedai-kedai di dataran burung di pintu 23. Sekadar menemani makcik2 yg banyak beno duit depa. Habis semua anak cucu cicit depa atuq souvenir ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜….

Saya sekadar bershopping ketika ziarah di sekitar Madinah, ketika tu saya borong kurma ajwah, kekacang & terus pos. Toksey mikir dah pasal souvenir ni.

Selama berada di Madinah satu ja saya terkilan. Tak sempat ziarah ke masjid Qumamah. Masjid yg terbina atas kisah awan yang memayungi Rasullah ketika hijratul Rasullah . Kerana encik suami sangat tak sihat ketika itu. Nak pergi sendiri takut, masjid tu terletak di celahan bangunan. Walaupun agak berani, ketakutan perlu juga di negara Arab ni. Bak kata pepatah, kena sekali makan tak abeh๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”.

InsyaAllah bagi yg bakal ke Haramain moga diberi peluang ke Raudhah berkali-kali. Selalu dekat dgn kekasihNya. Bukan kita tamak hingga mengambil hak org lain, cukuplah tahiyatul masjid dan solat hajat. Namun sekian kalinya saya berpeluang solat dua kali, hanya kerana diasak dan tiada peluang utk keluar. Pesan suami selama mana Kita tidak mengambil hak dan menyusahkan org lain, buatlah apa pun. Yihhaaa..redho Allah kan atas redho suami๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š.

Pesan saya, jika tak mampu untuk berkawan usahlah berjanji dengan orang. Saya pernah ditinggalkan oleh orang yang berjanji utk memegang tangan saya ketika umrah dahulu. Berjanji untuk bergilir solat dengan saya.

Malangnya ketika meluru masuk dia tinggalkan saya. Ketika itu saya berdoa Allah datangkan seorang hambaNya utk membantu menjaga saya solat bimbang dipijak ketika sujud. Alhamdulillah seorang bangsa Arab menjaga saya sepanjang solat dan berdoa. Sejak itu saya berazam utk masuk Raudhah sendirian tanpa mengharap sesiapa. Biar saya yang menjaga orang lain. InsyaAllah.

Dibumi yg tenang itu banyakkan beribadat, berselawat. Janganlah terlalu tenang hingga kita tidak ke Masjidil Nabawi. Baik sebelum haji atau setelah selesai kerja haji. Terlalu banyak ganjaran untuk yang ke Madinah, tanah yg didoakan nabi hingga ke hari ini terasa rahmatNya.

Catatan pengalaman oleh Hajjah Norintan Haslinda Abdul Hamid.