Saya dah lama tidak menghalusi isu asuhan anak kecil. Alhamdulillah, ia bagaikan bebanan batu yang terangkat apabila saya membuat keputusan bekerja sendiri. Namun pengalaman 5 tahun bergelumang dengan isu ini masih tersimpan di memori.

Baru-baru ini seorang ibu muda hubungi saya. Beliau menyatakan kerisauan atas perubahan sikap anak sulungnya. Anak sulungnya lelaki, umur mencecah 2 tahun. Usia yang sedang aktif bereskplorasi.

Menurutnya, pengasuh mengadu anaknya semakin agresif. Sering menimbulkan masalah apabila bersama anak asuhan lain. Pengasuh mengugut untuk menghentikan asuhan kepada anaknya jika anak terus bersikap agresif di situ.

Ibu ini dirundung kesedihan.

Mana mungkin anak seusia 2 tahun itu hendak diletakkan dalam kategori ‘bermasalah’. Langsung tak rasional kan. Dan ibu ini cuba meminta pandangan dari saya.

Saya bukan pakar mengenai perkembangan kanal-kanak, tapi suka mengkaji bidang ini. Memahami perkembangan anak kecil adalah sesuatu yang indah bagi saya, Alhamdulillah.

Ini adalah apa yang boleh saya cadangkan jika anda mempunyai masalah yang sama

Jaga emosi anak sebelum hantar kepada pengasuh

Setiap manusia perlu dibelai emosinya, termasuk kanak-kanak. Setiap hari ibu yang keluar bekerja perlu tinggalkan anak sekitar 7-10 jam. Anak kecil itu kurang mendapat sentuhan dari ibu sendiri.

Jadi walaubagaimana suntuk pun masa, emosi anak perlu diberi keutamaan. Sentiasa tanamkan dalam minda anak kita tinggalkannya kepada pengasuh atas keperluan. Nyatakan kita sayang padanya. Jangan ingat anak kecil tidak faham. Setiap pertuturan yang lahir dari hati ada auranya yang tersendiri.

Hantar anak kepada pengasuh dalam mood yang baik. Bukan meraung-raung kerana ditinggalkan. Keadaan ini boleh merangsang anak menunjukkan tingkahlaku negatif.

Sekat semua sumber yang boleh merangsang anak jadi agresif

Anak kecil itu bersih jiwanya. Tidak ada anak yang lahir dengan potensi untuk menjadi samseng. Tapi dunia inilah yang mencorak siapa anak itu kelak.

Agresif adalah satu perilaku yang terbentuk dari rangsangan yang diterima oleh anak. Rangsangan boleh datang dari orang sekitar yang kasar seperti bergaduh dan marah-marah. Namun kebanyakan kanak-kanak mendapat rangsangan dari kaca televisyen.

Kesantvkepadakanakkanak

Cerita superhero dengan aksi ganas, cerita orang dewasa yang dikatakan ‘extreme’ malahan dari video game yang menerapkan unsur-unsur keganasan.

Perhati semula apa halwa mata anak setiap hari. Di rumah sendiri, di rumah pengasuh malahan ketika pulang ke kampung. Semua ini akan berbekas di minda dan menanti masa yang sesuai untuk dizahirkan.

 

Bila terzahir ibubapa usah melatah.

Itu bukan salah sang anak.

Tapi salah kita kerana membiarkan anasir negatif menguasai minda mereka yang suci itu.

KesantvkepadakanakkanakKesantvkepadakanakkanak

Persekitaran tempat asuhan

Tempat asuhan yang baik akan membantu ibu keluar bekerja dengan tenang. Anak yang pulang dari rumah pengasuh juga tidak menunjukkan tanda-tanda stress. Benda ni memang mencabar nak dapat, tapi kita boleh usaha sehabis baik.

Cuba perhatikan tempat asuhan anak anda sekarang. Jika rumah pengasuh, adakah ia selesa untuk tumbesaran anak kecil. Adakah anak bebas untuk ‘menabur’ mainan, bergolek-golek dan melompat?

taska

Anak yang sedang membesar memerlukan ruang yang bebas untuk bereksplorasi

Itu semua adalah kehidupan anak kecil. Jika rumah terlalu padat dengan barang, bagaimana anak kecil yang perkembangan motornya belum sempurna itu dapat bergerak dengan baik. Pasti berlanggar di sana sini.

Jika terlalu banyak hiasan berbahaya hingga anak tidak boleh bergerak, bagaimana anak itu dapat memenuhi keperluan emosinya. Emosi anak kecil yang mahu bebas bereksplorasi.

Dan akhirnya untuk mengelakkan ‘masalah’, anak itu diletakkan di depan TV mahupun gajet sepanjang masa. Jadi anak tidak kesana sini, senang kerja pengasuh.

Tapi kesannya sangat besar ibu-ibu.

Apa input yang anak dapat sepanjang mengadap tv?

Bagaimana tenaga dalam diri anak hendak disalurkan jika hanya melakukan aktiviti pasif sepanjang hari.

Bagaimana perkembangan otot-otot motor kasar dapat dirangsang jika aktivitinya hanya bermain lego dan menguis tablet. Canggung kan.

Kerana itu, menempatkan anak di rumah pengasuh banyak impak negatif tanpa kita sedari. Usah hairan anak balik ke rumah buat perangai begitu begini. Itulah bahana selepas seharian dia tidak dapat menjadi kanak-kanak sebenar.

Respon ibu muda ini bila saya kongsi kan 3 faktor di atas

Kerana itu ketika anak sedang membesar,saya lebih cenderung hantar anak ke taska. Memang risau hantar anak di taska atas pelbagai isu. Tapi risikonya kurang berbanding kita hantar semasa bayi. Pengasuh di taska memang tugasnya menjaga anak kita tanpa komitmen lain.

Yang penting, hantar ke taska berdaftar dengan JKM. Ini bagi memastikan nisbah pengasuh dan pelajar adalah dalam kuantiti yang betul. Bilangan pengasuh yang ramai dapat mengurangkan risiko kemalangan dan sebagainya.

Sebaiknya pilih taska dengan pengasuh warga tempatan. Selalulah bersembang dengan pengasuh anak-anak sebelum mereka komplen pasal anak kita. Itu dah sampai tahap bermasalah.

pengasuhtaska

Gembirakan hati pengasuh. Kek sebiji itu bukanlah terlalu mahal berbanding kesanggupan orang lain menjaga anak kita dengan baik. Menyuapkan anak, melayan kerenah malahan membasuh najis anak. Tidak setimpal bayaran yang mereka terima tu sebenarnya. Tak perlu tunggu hari guru, bila-bila masa pun boleh berbakti.

Jadi ambil lah sebahagian rezeki yang kita ada untuk berkongsi rezeki dengan mereka. Masa ibadah korban, ambil lah 1 bahagian untuk diagihkan pada guru dan pengasuh anak-anak. In syaa Allah anda akan menemui bahagia di sebalik ibadah ini.

Akhirnya, kita sebagai manusia hanya mampu berusaha melakukan yang terbaik. Hanya Allah jualah yang Maha Mengaturkan segalanya. Berdoalah Allah temui kita dengan pengasuh yang baik, Allah lembutkan hati jaga anak kita dengan baik dan anak itu sentiasa dalam lindunganNYA.

Insyaa Allah.