Pengawal Keselamatan Pencinta Alam

0
208
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid & google

pak guard mesra alam

Pemandangan ini semakin biasa kebelakangan ini di kawasan rumah saya. Pak cik  pencinta alam ni baru ja kerja kat sini dalam tahun lepas. Mulanya dia kutip bahan-bahan yang boleh kitar semula dari plastik-plastik sampah dalam tong besar tu. Pondok pengawal pun kat tepi tu ja, jadi dia gunakan masa lapangnya untuk  asing-asingkan sampah tu.

Lama-lama, bila ramai penduduk nampak ‘aktivitinya’, ada yang mula asingkan sampah dan letak kat tepi tong besar. Makin hari makin ramai yang buat. Dan tengok sendirilah hasilnya kan. Penuh lori dah tu. Dan in syaa Allah hasil itu besar nilainya pada mereka.

Syukur saya pun tak perlu lagi pergi ke pusat kitar semula. Dapat praktikkan kitar semula, dan dapat juga bantu pakcik ni tambah pendapatan. Bukannya berbaloi pun pergi pusat kitar semula, tempat jauh. Lepas tu penuh bonet berapa ringgit ja dapat kan. Baik jual secara pukal macam ni.

Kenapa saya teruja nak kongsi? saya suka dengan cara pak cik pencinta alam ni. Tak perlu pun buat kempen ke, lekat poster sana sini tapi dia mulakan dengan TINDAKAN. Pepatah Inggeris ada sebut ‘ACTION WORKS LOUDER THAN SPEAKS’. Zaman kita ni ramai sangat yang ‘celik’ kitar semula, tapi berapa ramai yang bertindak?

3r

Dan jika diteliti, anak-anak kita sekarang sangat terdedah kepada pengetahuan mengenai kempen kitar semula ni. Di sekolah, dalam majalah malah animasi Upin & Ipin pun promosikan program kita semula. Jadi kalau kita sebagai ibubapa tidak bantu anak praktikkan, semua ilmu itu akan jadi sia-sia. Hanya teori semata-mata.

Semoga kita dapat mewarisi alam sekitar yang lebih sejahtera untuk generasi akan datang, anak-anak pencinta alam dan setiap amal kita dihitung sebagai pahala jihad.

Previous articleMelatih Bayi Minat Membaca
Next articleGajet Untuk Rumah Hafiz Cilik
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here