Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, Mia di sini tapi suka menggelarkan diri sendiri sebagai Mama di alam maya. Hehe.

Mama berasal dari Kota Bharu, Kelantan, dan sekarang bermastautin di Ipoh, Perak. Lebih kurang hampir 6 tahun Mama di sini. Mama berusia 32 tahun dan berkahwin serta memiliki sepasang anak kecil yang aktif.

TASNEEMNATURELBANDARSERI BOTANI,PERAK

Famili kecil Mama yang banyak memberi sokongan dalam perniagaan selama ini

Mama adalah work-at-home-mom (wahm) yang sudah hampir setahun berbisnes Tasneem Naturel ini. Mama menyertai team jualan balm secara serius sejak Julai 2017 sehingga kini. Alhamdulillah Mama juga pengguna balm ini untuk anak-anak sendiri. Seterusnya, berasa teruja untuk menyebarkan kebaikan dan manfaat balm.

TASNEEMNATURELBANDARSERI BOTANI,PERAK

4 balm Tasneem Naturel yang berbeza fungsi untuk merawat masalah biasa terjadi pada anak kecil

Kalau nak tahu, Mama ni suka berjalan. Lagi jauh berjalan, lagi suka sebab dapat tengok pemandangan yang cantik dan berbeza. Suka kepada alam semulajadi dan hijau. Dulu masa bujang, Mama suka hiking. Pernah mendaki Gunung Jerai dan beberapa bukit di Kedah dan Penang. Sekarang agak terhad sebab ada anak kecil. InsyaAllah suatu masa nanti, Mama nak jungle tracking dengan anak pula. Hehe.

TASNEEMNATURELBANDARSERI BOTANI,PERAK

Cubaan pertama Mama dan en suami membawa anak-anak mendaki Bukit Kledang, Ipoh, Perak, pada penghujung tahun 2017.

Itu lah serba sedikit tentang Mama.

Oh ya, sebelum sampai ke penghujung, jika ada ibu dan bapa dalam kerunsingan untuk menyelesaikan masalah biasa yang dihadapi oleh anak kecil, Pengedar Tasneem Naturel Bandar Seri Botani sedia membantu.

Jika kelapangan boleh usha-usha di Instagram @anaksihat_danmanja dan FB Page Anak Sihat dan Manja.

Selain itu, Mama juga ada menyediakan servis penghantaran di kawasan sekitar Medan Gopeng, Simpang Pulai, Station 18, Gunung Rapat dan Pengkalan. Boleh hubungi Mama melalui wasap atau hubungi terus nombor 017-9845321.