Pengedar Tasneem Naturel Manjung, Perak

0
168
views

 

Hai. Saya KakLong. Eh, tu nama panggilan di rumah serta nama mesra di social media dan blog.

Nama sebenar ialah Nur Adha binti Mansor. Asal Batu Pahat, Johor namun dah menetap di Manjung, Perak hampir 13 tahun.  KakLong mempunyai 4 orang cahaya mata ; 2 lelaki dan 2 perempuan berusia dari 2 tahun hingga 11 tahun.

tasneemnaturelmanjung
Permata hati yang memberi kekuatan pada KakLong untuk terus membina empayar perniagaan

Mei 2018 genap lah setahun 4 bulan KakLong bergelar WAHM atau bahasa biasanya suri rumah bekerja dari rumah. KakLong memulakan bisnes Tasneem Naturel pada November 2017 di bawah pimpinan Mama Sakinah Hamid. Sebelum tu dah bermula dengan Shaklee dan masih meneruskan Shaklee juga. Tasneem Naturel merupakan paip rezeki kedua KakLong buat masa ni.

KakLong ni suka berjalan sebenarnya. Sehingga ke hari ini, Alhamdulillah seluruh semenanjung Malaysia dah dijejaki. Cadangnya, tahun akan datang nak ke Borneo pulak. Dan salah satu impian KakLong adalah nak bawa suami dan anak-anak memburu Aurora Borealis. Bila berjalan ni sebenarnya secara tak langsung, kita belajar dengan alam tentang kebesaran Ilahi. Nak menambah iman dan ilmu bukan sekadar duduk di tikar sejadah atau je kelas kan.

auroratasneemnaturelmanjung
Kaklong sekeluarga menanam impian melihat dengan mata sendiri kehebatan ciptaanNYA

Okeylah korang, jika ada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Balm Tasneem Naturel ni, korang boleh lawati Page KakLong Balm Tasneem Manjung atau Instagram KakLong . Kaklong turut menulis pelbagai perkongsian ni rahsiasihat.com.

Dan sekiranya  ada di antara pembaca blog ini sedang mencari penyelesaian masalah anak-anak kecil, balm Tasneem Naturel mungkin salah satu pilihan yang ada. Buat mereka yang berada di sekitar Sitiawan, Sri Manjung dan Lumut, KakLong mengadakan servis penghantaran. Cuma wasap balm yang berkenan di hati, KakLong sedia menghantarnya sampai ke depan pintu rumah anda.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here