Perbezaan Softbook dan Busy book

1
136
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

 

Apabila anak menjangkau usia 6 bulan, ibubapa mula mencari mainan-mainan yang sesuai untuk si comel mereka. Salah satu mainan yang bagus untuk diberikan pada anak-anak ialah ‘softbook’ dan ‘busybook’. Kadangkala ibubapa keliru, apa beza antara kedua-dua jenis buku ini.

Mari kita semak perbezaan di antara Softbook dan busybook

1) Softbook ialah buku kain yang dicetak gambar atau tulisan padanya. Ia berkonsepkan buku, cuma ianya lembut dan selamat untuk dikeronyok, dihisap dan digigit oleh bayi.

Tiada bucu tajam yang berbahaya pada buku kain/buku lembut atau biasanya dipanggil softbook ini. Kebiasaannya softbook hanya mempunyai gambar dan huruf, dan aktiviti yang minima seperti bunyi plastik atau bunyi pet-pet

Photo0604

Pendedahan awal anak-anak kepada softbook secara tidak langsung boleh menyemai minat anak kepada buku. Selain itu ibubapa juga boleh bacakan buku secara santai kepada anak-anak semasa berehat di sofa dan katil. Tiada kerisauan buku akan terkoyak mahupun mencederakan anak.

softbookmengenalabcnewdesign5

Diantara softbook yang diminati oleh ibubapa ialah Pakej softbook bayi bijak dan Pakej softbook anak soleh.

IMG-20150103-WA0015  ucapan anak soleh_1alif ba ta-700x700

2) Busy book ialah  buku kain yang diselitkan dengan pelbagai aktiviti di dalamnya. Aktiviti ini adalah untuk membantu perkembangan psikomotor halus dan daya fokus bayi.

Kebiasaan aktiviti yang terdapat di dalam busybook ialah

+ buka zip

busy book 2

+ buka/tutup buckle

busy book 3
+ ikat tali kasut

1450760548729
+ slide

bb 1

+ Memahami tekstur berbeza

1450760566663

+ Mengunakan butang

1450760495865 1450760533851

+ Melihat jam

+ meramas (bunyi plastik)
+ menekan

+Menerangkan langkah demi langkah

lullaby
Busybook Lullaby menerangkan langkah demi langkah sebelum masuk tidur

Dan banyak lagi aktiviti yang menarik untuk diteroka oleh bayi. Dengan warna yang ceria dan menarik, anak akan leka bermain aktiviti dalam buku ini untuk tempoh yang lama. Secara tidak langsung ia juga akan melatih supaya bayi mempunyai tempoh fokus yang lebih panjang.

Kedua-dua jenis buku kain ini bagus untuk merangsang perkembangan bayi. Kebaikan buku-buku ini adalah ia didatangkan dari material yang teguh dan tahan lama. Ia juga boleh dibasuh apabila kotor.

Cuma sedikit perbezaan softbook sesuai diperkenalkan seawal 3 bulan manakala busybook sesuai untuk anak yang sudah mula meniarap. Lebih awal anak didedahkan dengan bahan sebegini, lebih banyak juga kesan positif kepada perkembangan anak-anak, In syaa Allah.

Semoga artikel ini dapat membantu anda mengenalpasti apa perbezaan antara Softbook dan Busy Book. Selamat memilih yang terbaik untuk anak syurga anda.

Ibubapa boleh dapatkan pelbagai Softbook & Busybook di sini.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here