Pesan Abah : Jawab Soalan Anak Dengan Jujur

4
111
views
Tok wan cucu talk
Abah suka melayan anak cucunya bersembang

Alhamdulillah, pagi sabtu yang cerah. Dan hati ini bertambah girang kerana pagi-pagi lagi abah dah telefon. Sempat la sembang-sembang sambil dengar pesanan berharga abah dalam mendidik anak.

Semalam abah hantar sepupu Fateh, anakanda Fauzan ke rumah kami. Katanya sepanjang perjalanan macam-macam soalan datang dari cucu sulungnya tu. Dari soalan logik sampailah ke soalan imaginasi kanak-kanak. Dan kelebihan abah saya dia mampu menjawab semua soalan kanak-kanak samada dengan fakta yang betul mahupun fakta merapu sebagai hiburan 😛

Rupanya hari ni baru saya tahu, ‘kerjaya’ menjawab soalan kanak-kanak ni bukan bermula dengan kami adik beradik. Tapi ia bermula sejak abah muda remaja lagi. Masa abah di sekolah menengah, dia tinggal bersama mak ngah saya. Mak ngah ada seorang anak lelaki yang bijak. Beza umurnya sekitar 10 tahun dengan abah saya.

Setiap hari tugas abah adalah menghantar Abang Juhaidi ke kelas mengaji menaiki basikal. Menurut abah, sepanjang perjalanan 2 km itu macam-macam soalan ditanya olehnya. Soalan-soalannya memang bersifat terbuka dan memerlukan pengetahuan yang luas untuk di jawab. Dan abah cuba menjawab setiap soalan itu sebaiknya. Kalau tak tahu dia akan jawab tak tahu. JUJUR.

Tok wan cucu talk
Abah suka melayan anak cucunya bersembang

Alhamdulillah, abang Junaidi akhirnya muncul anak kampungnya yang pertama menjejakkan kaki ke universiti. Dan beliau membina laluan kerjaya yang hebat dalam dunia perbankan. Dan khidmat nasihatnya masih dirujuk walaupun telah bersara hampir sedekad. Beliau mempunyai karisma tersendiri dalam keluarga besar kami. Beliau tidak pernah kekok dengan kerja-kerja kampung walaupun hebat dalam dunia profesional.

Masya Allah, mungkin ia hanya perjalanan hidup seseorang. Namun kita tidak dapat nafikan bagaimana persekitaran membesarnya membentuk pemikirannya sebagai orang berjaya. Dalam keterbatasan zaman 70-an untuk mencari maklumat, pastinya pembelajaran secara verbal dan pemerhatian memberikan impak yang besar kepada beliau.

Alhamdulillah, abah saya jugalah insan yang setia menjawab setiap soalan saya sejak kecil. Port paling saya suka bila naik kereta ialah tempat duduk tengah. Sebab saya boleh nampak depan dan dapat idea untuk tanya macam-macam soalan. Hari ini ia menjadi momen yang sangat indah yang masih segar dalam ingatan saya.

Kebanyakan memori zaman kanak-kanak saya hanya ingat-ingat lupa. Tapi momen bersoal jawab dengan abah sangat jelas dalam ingatan kerata ia selalu berlaku. Dan saya juga masih ingat saya selalu dengar jawapan yang sama dari abah. Pastinya ia datang dari soalan saya yang sama juga. 😀

Jika hari ini anak-anak kita sibuk bertanya itu dan ini, bersyukurlah.

Jika hari ini anak-anak bertanya tanpa henti, jawablah.

Jika hari ini letih menjawab soalan yang sama, bersabarlah.

Kerana kelak pengorbanan ini semua akan dibalas dengan kebaikan yang banyak dariNya, in syaaAllah.

Selamat berhujung minggu.

Dan selamat menjawab soalan anak-anak! 😀

Previous articleAnak Cepat Lupa Apa Yang Dah Belajar
Next articleFateh Losing His First Baby Tooth
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

4 COMMENTS

    • Betul sangat. Soalan pulak berantai, luar dari silibus mak ayah. Hihi..Itulah pengorbanan kita dalam melahirkan generasi yang lebih baik, in syaa Allah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here