Photographic Memory ; Kaedah dan Teknik Hafazan Al Quran Berkesan

0
17
views

Baru-baru ini saya berpeluang ikuti seminar separuh hari mengenai kaedah dan teknik hafazan Photographic Memory yang disampaikan oleh Ustaz Dr Kamilin Jamilin.

Dr Kamilin Jamilin ni memang cemerlang masa zaman belajar, malah berjaya siapkan tesis PHD tanpa pembetulah. fuh!

Sebelum ini saya pernah beberapa kali melihat beliau bersama anak didiknya di kaca televisyen dan video Youtube. Memang kagum dengan kepantasan anak-anak didiknya mengingat semula Hafazan. Sangat cepat dan jitu jawapannya.

Soalannya bukan sambung ayat yang bermula dengan … . Itu terlalu mudah bagi mereka. Soalan untuk mereka adalah seperti

  • Ayat yang ada perkataan ( )
  • 15 ayat selepas ayat pertama
  • 30 ayat sebelum
  • Baca dari akhir ke awal
  • Ayat yang bermaksud ( )

Dan pelbagai teknik soalan mencabar memori di tanya, tapi mereka dapat menjawab dengan pantas. Masya Allah. Malah bukan setakat hafazan Al Quran, mereka juga dapat menghafaz Hadith dengan kaedah yang sama. Sungguh mengagumkan.

Alhamdulillah dalam program tersebut Ustaz Dr Kamilin Jamilin dedahkan teknik yang dipraktiskan di madrasah beliau. Saya telah kongsikan teknik tersebut dalam video ini.

https://www.facebook.com/sakinah.hamid.33/videos/10218970145067615/

Ustaz juga banyak menyampaikan ceramah dan menulis buku yang menarik kerana mempunyai keunikannya yang tersendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here