Pilihan Mudah dan Selamat selain Rawatan Sonotron untuk Bayi Sebulan Batuk Berkahak

0
21
views


Pengalaman baby newborn batuk berkahak memang sangat meletihkan. Waktu berpantang entah kemana. Rasa macam tak berpantang. 2 bulan ulang alik dari klinik check jaundice. Baru ja bebas jaundice, tetiba anak kena serang batuk berkahak pulak. Siang ke hulu ke hilir bawak anak pergi klinik.

Mana je tempat orang bagitahu untuk merawat batuk berkahak anak, saya bawakan. Kadang-kadang terpaksa tinggalkan anak pada nenek, sementara saya keluar pergi beli ubat. 

Saya juga pernah bawa anak ke klinik rawatan sonotron dua kali. Memang cair kahak lepas rawatan tu, tapi tak sanggup tengok anak melalak setiap kali buat sonotron. Ya lah, sonotron ni kan rawatan guna haba. Dengan mesin dia yang berbunyi tu memang buat baby newborn meraung-raung sepanjang rawatan.

Rawatan sonotron menggunakan haba ini banyak ditawarkan di klinik rawatan alternatif

Setelah usaha secara kampung dan tradisional. Banyak saya berhabis keluarkan kos untuk hilangkan batuk kahak anak dalam masa sebulan. Waktu malam pulak, tak boleh tidur lena. Dengar nafas anak berbunyi dan takut anak tersedak masa tidur.

Risau sangat masa tu. Dah la rehat entah kemana, kena marah dengan mak lagi “ko ni boleh biarkan anak tu batuk je. Aku tengok pun kesian.”

Bulan-bulan awal kelahiran anakanda Huzaifah adalah saat yang mencabar dalam perjalanan hidup saya sebagai ibu

Dah macam-macam ikhtiar buat Alhamdulillah ada sikit perubahan. Tapi batuk masih tak hilang. Saya tak puas hati selagi batuk anak tak hilang. Selagi tu saya akan cari jalan macam mana nak anak sembuh.

Masa tu saya teringat ada kawan hadiahkan Balm CF rub by Tasneem Naturel. Tapi saya tak guna pun balm tu. Masa tu saya tak yakin balm tu boleh hilangkan batuk berkahak. Nampak biasa je. Dah la bila cium pun takda bau berangin macam balm lain.

Tasneeem Naturel memberi alternatif rawatan anak batuk dan selsema menggunakan essential oils yang selamat digunakan sejak bayi

Tapi sebab dah puas ikhtiar macam2 cara sampai dah tak tau nak ikhtiar guna apa lagi, saya pun juga balm CF rub tu. Bila buka bekas dia bau wangi ja. Saya pun sapu kat tapak kaki, tulang belakang dan dada seperti arahan pada kotak. Saya konsisten sapu setiap 2 jam sekali.

Selama 3 hari berturut-turut saya sapu terutama waktu pagi antara pukul 2-4 pagi. Masuk hari ke empat, saya mula nampak perubahan pada anak. Anak dah kurang batuk dan najis pun nampak lain, macam bercampur lendir. Kahak yang cair dah keluar bersama najis.

Bayi dan anak kecil belum pandai keluarkan kahak. Jadi kahak akan keluar bersama najis atau muntah

Alhamdulillah, dalam masa seminggu asbab penggunaan balm CF rub tu anak saya sihat dari batuk berkahak. Sejak dari tu anak-anak yang lain pun saya guna CF rub jugak bila dia batuk, selsema dan berkahak. 

Agen-Tasneem-Naturel-Ayer-Keroh-Melaka
Sekarang produk Tasneem Naturel sudah menjadi kegunaan kami seisi keluarga

Sekarang dah hampir 2 tahun saya jadi pengguna tegar balm CF rub dan produk Tasneem Naturel yang lain. Atas pengalaman positif menggunakan produk Tasneem, kini saya pun sudah menjadi agen sah Tasneem Naturel. Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai produk Tasneem boleh hubungi saya di 017-639 2176.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge