Teks : Sakina Hamid

Foto : Google

Semua ibu teruja nak buat aktiviti dengan anak-anak kan. Cuma kadang tu kering juga idea nak cari aktiviti yang mudah, menggunakan bahan-bahan asas sahaja. Sebenarnya ‘kering idea’ ni bukan setakat ibubapa, malah pendidik juga seringkali buntu dalam mencari idea untuk aktiviti pembelajaran setiap hari.

Ini berdasarkan pengalaman saya kerana semalam saya berpeluang berkongsi sedikit ilmu bersama guru-guru di tadika anakanda Fateh. Topik perbincangan adalah mengenai proses pembelajaran kreatif. Dan antara yang dikongsikan ialah mengenai Pinterest Lubuk Idea untuk semua pendidik.

pinterest

Jom kita melawat pengkalan maklumat Pinterest yang semakin terkenal ini. Sebagaimana laman web sosial yang lain, untuk kali pertama pengguna perlu mendaftar akaun dengan laman web tersebut untuk akses masuk ke pengkalan data Pinterest.

register

Pinterest secara umumnya adalah pengkalan data untuk laman-laman web yang berkongsi pelbagai maklumat. Namun ia banyak berasaskan kepada perkongsian yang mempunyai gambar. Dan lebih menarik lagi kita boleh merekabentuk ‘homefeed’ pinterest kita dengan tema-tema yang kita kehendaki sahaja.

custom home feed

Jadi hanya pautan mengenai tema yang kita pilih sahaja akan terpapar di homefeed pinterest kita.

home feed

Selain itu pinterest juga mempunyai fungsi carian seperti google. Jadi kita hanya perlu menaip perkara yang dikehendaki pada ruang carian. Dan kelebihan carian di pinterest ialah cariannya boleh dipecahkan mengikut setiap perkataan yang ditulis. Ini akan memberi maklumat yang lebih menyeluruh dalam keadaan teratur. Oleh kerana hasil cariannya dalam bentuk gambar, maka ia menjadikan Pinterest Lubuk Idea yang praktikal untuk kita semua.

search

Bagi seorang pendidik mahupun homeschooler, ia adalah suatu laman web yang amat praktikal. Bahan-bahan yang dikongsi di sini telah diatur dengan sangat tersusun, malah merangkumi topik-topik asas secara terperinci. Contohnya terdapat satu pilihan “Lesson Plan for Alphabet yang menyediakan pautan kepada berbagai website yang berkongsi aktiviti berkaitan pengenalan huruf. Terlalu banyak pilihan sehingga rambang mata jadinya.

idea alfabet

Selain itu terdapat banyak lagi fungsi di dalam pinterest seperti menyimpan maklumat, berkongsi maklumat dan memberikan komen di posting tersebut. Ini semua menjadikan Pinterest Lubuk Idea yang interaktif dan sesuai dengan media sosial yang lain. Ia menjadi ruang untuk aktiviti bisnes disebarkan dengan lebih interaktif.

save

Semoga pengkalan data laman web Pinterest Lubuk Idea ini kita manfaatkan sebaiknya untuk proses pendidikan anak-anak di rumah dan juga institusi-institusi pendidikan. Jangan menyelam sampai tak jumpa jalan keluar sudah la. Hehe..

Selamat menyelam!

Dapatkan pelbagai bahan untuk homeschooling anak anda di Kedai Cikgu