Pola Tidur Bayi Berbeza Mengikut Umur.

Pola tidur bayi adalah berbeza mengikut peringkat umurnya dan bayi tidur lebih lama dari orang dewasa mahupun kanak-kanak. Memang bayi sekitar 0-12 bulan ni hari-harinya diisi dengan tidur sahaja. Mereka hanya akan bangun jika merasa lapar, terganggu dan rasa tidak selesa mungkin disebabkan kembung perut, lampin sudah penuh atau lain-lain situasi.

Ibu bapa juga jangan risau, semakin bertambah usia, bayi akan mengalami corak perubahan tidur terutama di waktu siang kerana bayi sudah mula pandai explore terutama ketika sudah mula meniarap dan bergerak. Waktu ini ibu ayah pun tidak dapat duduk diam, pasti ada saja
aktiviti dan projek nak melayan bayi di waktu siang.

Pola Tidur Bayi Baru Lahir hingga 3 Bulan

Newborn atau bayi yang baru lahir akan lebih kerap tidur terutama 3 minggu pertama selepas kelahiran. Di mana mereka memerlukan 16 hingga 17 jam waktu tidur yang secukupnya.

Pola Tidur Bayi Berbeza Mengikut Umur.

Adakalanya bayi perlu juga bangun untuk minum susu dan bermain. Bayi selalunya akan berjaga 2 ke 3 jam sebelum sesi tidur seterusnya. Masa tidur bayi yang panjang adalah kerana bayi masih membiasakan diri dengan dunia luar dan masih merasakan berada di dalam rahim.

Bayi yang baru lahir masih belum tahu membezakan waktu siang dan malam. Jadi kebiasaannya bayi akan berjaga pada waktu yang rawak termasuklah di malam hari ketika semua orang masih tidur.

Apabila bayi memasuki usia 2 bulan, masa tidurnya akan berubah dimana bayi akan kurang tidur pada waktu siang dan lebih banyak tidur di malam hari. Waktu tidur akan berkurang menjadi 14-16 jam sehari.

Ketika ini, ibu akan mendapat lebih waktu rehat, namun masih perlu bangun menyusukan bayi pada malam hari setiap 2-3 jam.

Si manja akan tidur selama 1-2 jam di siang hari, terjaga sebentar dan sambung tidur kembali. Pada malam pula, masa tidur bayi sekitar 3-5 jam untuk satu sesi. Malah waktu ini bayi akan bangun berjaga lebih lama berbanding ketika baru lahir.

Pada bulan ke 3, bayi memerlukan waktu tidur selama 15 jam sehari. Si manja sudah boleh tidur sepanjang malam dan ibu perlu mengejutkan bayi untuk diberi susu. Anda pula kena bersabar kerana ada sesetengah bayi yang asyik dibuai mimpi sehinggakan susah untuk dikejutkan.

Hal ini kerana sistem pencernaan bayi sudah lebih baik untuk menghadam susu ibu dan membuatkan bayi berasa lebih tenang dan selesa untuk tidur.

Pola Tidur Dari 3-6 Bulan

Bagi bayi yang berumur 3 atau 4 bulan, anda akan mungkin mendapati corak tidurnya mulai tersusun. Tidur siangnya juga lebih singkat dan tidur malam lebih lama. (walaupun tidak semua bayi mengalaminya.) Jika anda mula membuat jadual tidur sendiri, perhatikan bila waktu bayi mengantuk dan tidur setiap hari.

Tidur siang juga boleh menjadi lebih jelas pada ketika ini. Bayi berumur 4 bulan memerlukan kira-kira 5 kali tidur siang. Bayi 6 bulan memerlukan 3 atau 4 kali waktu tidur siang setiap hari. Jangan bimbang jika tidur siang ini tidak berlaku pada waktu yang sama setiap hari. Ia adalah normal.

Walau bagaima pun, ibu bapa perlu tahu yang ramai bayi berumur 6 bulan masih memerlukan 1-2 kali waktu menyusu pada waktu malam. Bayi akan tidur lebih lama pada waktu malam dan tidur dalam tempoh yang lebih pendek pada waktu siang.

Pola Tidur Bayi dari 7-9 Bulan

Pada usia 7 bulan kebanyakkan bayi sudah bersedia mengikut jadual waktu tidur yang dianggarkan dalam bentuk carta. Walaupun tidak semestinya dipatuhi 100%. Pada 7 bulan, bayi akan memerlukan antara 2 atau 3 kali waktu tidur pada waktu siang. Walau bagaimana pun, semasa usia 8 bulan, bayi akan beralih kepada 2 kali tidur pada waktu siang iaitu tidur tengah hari dan tidur petang.

Pola Tidur Bayi Berbeza Mengikut Umur.

Bayi akan tetap bangun untuk menyusu sekurang-kurangnya sekali pada waktu malam dianggap biasa ketika usia 9 bulan. Ini akan membantu anda menentukan sama ada bayi anda masih memerlukan satu kali sesi penyusuan pada waktu malam.

Pola Tidur Bayi dari 10- 12 Bulan

Bayi pada usia ini kebanyakkannya akan tidur sepanjang malam dan tidak perlukan penyusuan pada waktu malam. Walau bagaimana pun ada sesetengah bayi akan terus memerlukan sekurang-kurangnya sekali penyusuan semasa waktu tidur malamnya. Kebanyak kan bayi mengambil 2 kali tidur siang setiap hari semasa usianya 10 bulan dan berkurangan sekali sahaja pada usia 12 bulan hingga 18 bulan.

Pola Tidur Bayi Berbeza Mengikut Umur.

Pada usia ini, ibu ayah boleh memastikan bayi mempunyai waktu tidur yang konsisten. Waktu tidur yang konsisten merupakan komponen penting dalam jadual harian yang baik. Terdapat juga bukti untuk mencadangkan bahawa mewujudkan tabiat pada usia awal untuk tidur pada waktu yang sama setiap malam lebih memberi manfaat kepada anak apabila mereka melangkah ke peringkat peraekolahan. Kanak-kanak yang tidur pada waktu yang sama setiap malam dan mendapat tidur cukup berkelakuan lebih baik dan boleh mempunyai prestasi yang bagus di sekolah.