Bila ada anak kecil ni sentiasa kena bersedia dengan anak tak sihat kan. Bila-bila masa ja anak kecil boleh jatuh sakit. Kadang elok-elok cergas sebelum tidur, tengah malam sikit ja badan dah panas.

Tak pun sebelum tidur elok ja main dengan kita, bangun tidur merengek perut kembung. Batuk dan selsema apatah lagi, kalau hantar anak kat nurseri tu macam satu kebiasaan pulak tengok budak selsema kan. Runsing tengok tapi itulah realitinya.

Sebab tu bila jumpa Kit Kecemasan Balm Tasneem Naturel ni saya teruja sangat. Bagusnya inisiatif pengeluar produk ni, Puan Haridah Sahri nak membantu mudahkan ibubapa. Mengikut perkongsian beliau, asalnya beliau hasilkan balm ini di rumah untuk perkongsian anak sendiri. Kemudian mula buat jualan kepada rakan-rakan.

Siapa sangka produk homemade ini sekarang dihasilkan dalam kuantiti banyak di kilang. Dalam tempoh tidak sampai setahun dijenamakan, balm Tasneem Naturel mendapat permintaan yang tinggi dari ibubapa. Alhamdulillah, itu antara bukti keberkesanan produk ini.

Kelebihan balm Tasneem Naturel yang utama ialah ia dihasilkan dari bahan semulajadi. Jadi ia selamat digunakan sejak bayi. Rumusan minyak dari pati tumbuhan (Essential oil) dilarutkan bersama lilin lebah (beeswax) yang mempunyai manfaat tersendiri.

beeswaxdalambalmtasneemnaturel

Beeswas (lilin lebah) ialah bahan yang dihasilkan oleh lebah pekerja di samping madu dan propolis

Balm Tasneem Naturel ada 4 pilihan iaitu Sleep time, CF Rub, Calm time, T-Rub dan Skeenz. Setiap balm mengandungi minyak pati yang telah terbukti dapat mengatasi masalah tersebut.

Balm  Sleep Time Tasneem Naturel mengandungi minyak pati dari tumbuhan Vetiver, Ylang ylang, Marjoram, Bergamot, Roman Charmomile, Lavender, Orange dan Cedar wood.

Balm ini membantu seimbangkan hormon tidur-sedar di dalam badan. Anak lebih mudah tidur, tidak kerap terjaga dan mendapat kualiti tidur terbaik.

Balm  T-Rub Tasneem Naturel mengandungi minyak pati dari tumbuhan Junipers, Peppermint, Lavender, Tangerine, Fennel, Patchouli, Lemongrass, Ginger dan Anise.

Balm ini berfungsi seperti minyak telon. Ia membantu membuang angin dalam perut, melegakan sebu dan kembung perut. Selain itu ia juga dapat membantu masalah bayi sembelit.

Balm  Calm Time Tasneem Naturel mengandungi minyak pati dari tumbuhan Marjoram, Bergamot, Roman Charmomile, Lavender, Orange, Geranium, Mandarin dan Frankinsense.

Balm ini membantu memberi keselesaan kepada anak dengan mengurangkan tekanan dan keletihan. Ia membantu anak yang hyperaktif, cepat mengamuk dan ADHD untuk lebih mudah tenang.

Balm  CF Rub Tasneem Naturel mengandungi minyak pati dari tumbuhan Lavender, Orange, Lemon, Cypress, Eycalytus, Tea tree dan Frankinsense.

Balm ini terbukti berkesan membantu kurangkan selsema secara alami, mencairkan kahak dan melegakan batuk. Ia juga memberikan kesan positif kepada pengidap asma dan membantu mengurangkan suhu ketika demam.

Tambahan pula anak bawah 1 tahun yang selsema kalau jumpa doktor pun mereka cuba elakkan beri ubat. Jadi penggunaan balm sapuan dari bahan semulajadi ini sangat membantu ibubapa menguruskan anak.

Balm Skeenz Tasneem Naturel mengandungi minyak pati dari tumbuhan Blackcurrent, Sunflower, Rosemary dan beberapa lagi minyak pati lain.

Ia terbukti berkesan membantu masalah kulit seperti ruam panas, ruam susu, kulit sensitif dan ekzema. Ianya selamat digunakan dari bayi sehingga orang dewasa.

Balm Skeenz tidak mengandungi bahan merbahaya seperti steroid yang boleh menghakis kulit. 

 

Dengan kandungan yang premium dan manfaat yang sangat diperlukan oleh ibubapa, tidak hairanlah kenapa balm Tasneem Naturel mendapat permintaan yang tinggi dari ibubapa. Rata-rata ibubapa sangat berpuas hati dengan pelaburan mereka mendapatkan balm ini untuk manfaat kesihatan keluarga.

Setiap unit balm ini dijual dengan harga rm49. Namun ibubapa boleh mendapatkannya pada harga lebih jimat dengan Promosi Twinpack dan Fullset. Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh klik di SINI