Ramadan Pertama Anakanda Fateh

0
78
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

Alhamdulillah, ini tahun ke 6 ummi dan abah sambut Ramadan di samping anakanda Fateh. Namun ia Ramadan pertama yang Fateh mula fahami kehadirannya. Tahun lepas ada la dia sebut pasal puasa, tapi dia sendiri masih belum faham maksud puasa tu.

Tapi tahun ni, dengan bantuan guru-guru dari Tadika Pusat Islam USM, Fateh sudah mula sebut mengenai puasa dan Ramadan sejak sebulan sebelum lagi. Walaupun secara peribadi ummi tidak merancang pun nak latih Fateh puasa tahun ni, tapi ada la idea dalam kepala tu nak perkenalkan dia dengan bulan Ramadan.

Sampailah seminggu sebelum puasa saya sibuk uruskan pengeposan Jurnal Ramadan keluaran ABS Publication ni. Anakanda Fateh cakap dia pun nak jugak tampal-tampal sticker kat Pohon Ramadan tu. Saya kata kalau nak tampal tu kenalah puasa, dia kata ok..

jurnal ramadan jurnal ramadan 3

Lepas tu setiap hari tanya bila nak Ramadan.

Bila sampai 1 Ramadan suami saya pun kejut Anakanda Fateh untuk makan sahur. Ofkos la tak nak bangun kan. Dan kebetulan esoknya cuti sekolah. Dia bangun pukul 9 pagi. Pujuk-pujuk dapatlah puasa sampai pukul 12. Sebabnya..dia nak tampal sticker kat pohon Ramadan tu ja..hihi..macam tu pun boleh!

jurnal

Alhamdulillah, mungkin Ramadan pertama ini lebih kepada Fateh memahami puasa itu hanya menahan lapar dan dahaga. Namun sekurang-kurangnya ia menjadi medan untuk Fateh melatih diri berpuasa. Dan semoga Ramadan Pertama anakanda fateh ini menjadi perangsang untuknya berpuasa dengan lebih baik pada tahun depan. Ameen..

Salam Ramadan Kareem.

Previous articleFaqihah Turns 4!
Next articleSahur Pertama Ramadan Fateh
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here