Rawat Anak Batuk Tanpa Nebulizer

0
78
views
nebulizer

Anak kecil batuk dan selsema berpanjangan bukanlah masalah kesihatan baru. Ia memang masalah kesihatan biasa namun tidak bermakna boleh dipandang enteng. Membiarkan anak batuk dan selsema berlarutan boleh membawa masalah lain yang lebih serius seperti jangkitan kuman di paru-paru.

Atas kesedaran ini, ramai ibubapa muda hari ini memandang serius pada masalah batuk dan selsema. Ini jelas dapat dilihat bagaimana kebanyakan anak kecil hari ini kerap menjalani rawatan nebulizer. Malahan seperti sudah menjadi satu trend pula.

Jika dulu, rawatan nebulizer hanya diberikan untuk mereka yang ada masalah pernafasan seperti asma. Ia dilihat sebagai masalah kritikal. Namun atas kemampuan kewangan, ramai ibubapa yang membawa anak untuk rawatan nebulizer walaupun hanya disebabkan batuk dan selsema berpanjangan.

Memanglah ia dilakukan atas nasihat doktor, yang biasanya dari pusat rawatan swasta. Kita perlu fahami adakah ia benar-benar satu keperluan. Atau hanya berasaskan keuntungan.

nebulizer
Walaupun kesan sampingan nebulizer tidak terlalu ketara, namun usaha untuk mengelaknya adalah lebih baik

Saya tidak menafikan kebimbangan seorang ibu dan ayah. Namun dalam masa yang sama, saya juga melihat trend ini boleh memberi kesan sampingan kepada anak. Bagi anak yang betul-betul perlu, memang tiada pilihan. Tapi bagi kes batuk dan selsema biasa, sebenarnya ada banyak lagi pilihan selain dedahkan anak pada rawatan nebulizer seawal usia bayi.

Paling asas bagi seorang bayi ialah mengurangkan faktor yang boleh menyebabkan mereka mendapat jangkitan. Penggunaan penghawa dingin, pengudaraan dalam rumah, dan persekitaran tempat asuhan seboleh mungkin kita usahakan yang terbaik.

Kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati kan. Kalau dah nampak ada orang lain yang batuk dan selsema, janganlah didedahkan anak kecil kita padanya. Memanglah mudah berjangkit. Sebab tu lah prinsip orang dulu-dulu yang tidak galakkan bawa anak kecil di tempat ramai orang itu ada kebaikannya.

cegahselsema

Bila dah nampak anak tunjuk tanda-tanda nak batuk dan selsema, cepat-cepatlah buat rawatan dari rumah. Banyak sangat kan petua yang ada menggunakan pelbagai bahan yang ada di rumah seperti lemon, kunyit dan bawang putih.

Kalau rasa leceh nak uruskan, di pasaran pun banyak sapuan yang dibuat untuk memudahkan ibubapa. Antara yang selamat digunakan sejak bayi ialah balm CF-rub dari Tasneem Naturel. Balm ni berasaskan minyak pati tumbuhan, selamat dan cepat berkesan.

bahayagunavicks
Balm CF-Rub berasaskan minyak pati tumbuhan dan bahan-bahan semulaajdi adalah selamat digunakan sejak bayi

 

Jika masih berlarutan, saya memilih untuk membawa anak menjalani rawatan hemopathy. Ubat hemopathy selamat diambil sejak bayi. Cuma anda perlu pastikan perawat hemopathy itu bertauliah dan tidak mengenakan cas melampau. Saya sering membawa anak menjalani rawatan hemopathy di Klinik Dr Mansor, Sungai Petani.

Alhamdulilah biasanya selepas sehari makan ubat ni, selsema dan batuk anak akan berkuranagn dan hilang sendiri. Kerana kelebihan ubat hemopathy ialah ia membantu antibodi anak melawan sendiri jangkitan.

Atas sedikit pengalaman membesarkan 2 anak sendiri, Alhamdulillah anak tidak pernah jalani rawatan nebulizer. Walaupun anak tinggal di taska, namun batuk dan selsema masih dalam keadaan terkawal.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu menguruskan anak batuk dan selsema tanpa terlalu bergantung pada rawatan nebulizer. Walaupun anda mampu membayar kos rawatan, namun ia masih lagi mempunyai kesan sampingan ke atas yang sebenarnya boleh dielakkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here