Bila melihat anak ada ruam susu mesti ibu-ibu mula risau kan. Risau anak tak selesa, risau anak rasa pedih, risau kulit anak tak cantik.

Ruam Susu Antara Tanda Bayi Alergi Susu
Kulit bayi yang sihat tanpa masalah ruam susu

Ruam susu biasanya dikaitkan dengan ruam yang naik di bahagian pipi anak. Sebab susu kerap terkena bahagian tersebut kan. Sebelum itu, jom kenal dulu apa itu ruam susu dan punca ruam susu.

Ruam susu ialah ruam yang biasanya terjadi apabila kulit sensitif bayi terutamanya di bahagian muka dan leher terkena protein dalam susu yang pada kebiasaannya susu formula.

Perlu diingat, ruam susu juga boleh terjadi pada bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif tau. Keadaan ini bukan disebabkan oleh alahan terhadap susu ibu tetapi ia adalah reaksi terhadap makanan mengandungi protein susu lembu yang diambil oleh ibu tersebut.

Apakah itu alahan atau alergi protein susu lembu?

Alergi protein susu lembu atau dikenali juga sebagai ‘cow’s milk protein allergy’ (CMPA) adalah sejenis alahan makanan yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Sebenarnya dianggarkan sekitar 2-7.5% bayi mengalami alergi protein susu lembu. Alergi ini boleh terbentuk dari sejak tempoh neonatal, memuncak menjelang umur 1 tahun dan biasanya diatasi sendiri dalam lingkungan umur 3-4 tahun. Terdapat juga kes di mana alergi ini berterusan hingga remaja.

Apakah tanda bayi mengalami alergi protein susu lembu?

1. Ruam Susu

Kulit anak menjadi kering dan tompok bersisik. Keadaan ini yang biasa kita panggil ruam susu. Istilah medikalnya ialah dermatitis atopic. Selain itu, bibir atau mata/kelopak mata juga menjadi bengkak (angio-ordema) dan geligata (urtikaria) berlaku tanpa sebab.

2.Menangis berterusan

Ruam Susu Antara Tanda Bayi Alergi Susu
Bayi menangis sebagai cara berkomunikasi

Bayi yang menangis berterusan atau kolik perlu diberi perhatian. Biasanya bayi menangis bagi menunjukkan keadaan yang tidak selesa atau tidak sihat. Bagi bayi yang meragam atau menangis selama 3 jam atau lebih setiap hari dan berlaku sekurang-kurangnya 3 hari seminggu melebihi 3 minggu, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan.

3.Gastrousus

Keadaan di mana bayi mengalami jeluak yang kerap, muntah, cirit-birit, sembelit yang berlaku bersama/tanpa ruam perianal. Selain itu, najis juga mengandungi darah.

4. Saluran pernafasan terganggu

Bayi biasanya akan berhingus, mengalami batuk yang kronik dan bunyi berdehit (wheezing).

Bagaimana untuk hilangkan ruam susu yang disebabkan oleh alergi protein susu lembu?

Langkah terpenting yang perlu dilakukan ialah si ibu perlu lebih berhati-hati dalam memilih makanan dan perlu elak pengambilan protein susu lembu dalam dietnya. Sekiranya dirujuk ke klinik atau hospital, doctor biasanya akan memberi krim steroid bagi mempercepatkan proses pemulihan kulit.

Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa yang prihatin lebih memilih untuk tidak menggunakan krim ini. Steroid sebaiknya perlu dielak diguna pada bayi bawah 2 tahun apatah lagi untuk disapu di bahagian muka.

Ruam Susu Antara Tanda Bayi Alergi Susu
Produk Tasneem Naturel bebas dari bahan kimia merbahaya

Oleh itu, sapuan balm Skeenz dari Tasneem Naturel yang bebas steroid dan kaya dengan bahan semulajadi dipilih bagi menghilangkan ruam susu pada bayi. Jom lihat kesan penggunaan Skeenz yang dikongsi oleh ibu-ibu ini.