Rumahmu – sekolah pertama anak-anak

0
118
views

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Allah kurniakan kekuatan untuk lahirkan blog ini, semoga ia menjadi ruang untuk saya berkongsi sedikit nikmat ilmu dan pengalaman kurniaanNya.

Perjalanan menjadi ibu adalah detik yang indah bagi seorang wanita. Walaupun letih bergelut dengan pelbagai tugas rutin, tetapi sinar mata anak-anak yang dahagakan kasih sayang itu sentiasa menjadi penguat untuk meneruskan kehidupan.

Teringat kata-kata semangat dari abah Ada anak, adalah harapan’

Ya..kita ada harapan untuk dititipkan bersama membesarnya anak-anak itu. sama ada harapan kita akan dicapai atau tidak hanya serahkan pada yang MAHA BERKUASA, kita hamba yang lemah ini hanya perlu berusaha.

Sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk suami dan anak-anak.

Anak-anak yang lahir dengan suci itu menjadi amanah untuk kita corakkan masa depannya. Bukan sekolah hebat, buku-buku mahal atau kelas-kelas berprestij yang akan menjadikan dia berjaya. Tetapi ia bertitik tolak dari bagaimana kita merangsang kecerdikannya sejak dari dalam kandungan.

ini bersesuaian dengan maksud hadis

Sekolah pertama anak-anak adalah rumahmu

MY HOME SCHOOL
gambar sumber google

Kerana dari rumahlah akan membentuk perspektif kehidupan yang sebenar, dan inilah yang akan memandu anak itu menjalani kehidupan sehingga akhir hayat.

Kukuh asas yang dibina semasa kecil, maka mantaplah anak itu menghadapi pelbagai cabaran mendatang.

Lemah asas yang dibina, maka mudahlah anak itu goyah dan hanyut dalam pancaroba. Andai tiada tangan datang menyelamat, maka rosaklah kehidupannya.

Semoga anak-anak kita terlindung dari kerosakan-kerosakan itu, nauzubillahiminzalik

Ayuh ibu2..hidupkan sekolah pertama anak-anak mu.

Salam sayang.

Previous articleHello world!
Next articleCik Apple yang soleh!
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here