Sahur Pertama Ramadan Fateh

0
75
views

Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

Semalam puasa anakanda Fateh sungguh syahdu sekali. Kejut sahur tak bangun, dan paginya dia bangun awal pulak. Sekitar pukul 10 dia dah mula minta nak makan.

Saya pun terangkan padanya kalau dah makan tak kira puasa dah hari tu. Nanti tak boleh lekat sticker kat #PohonRamadan. Dia pun akur. Saya pun temankan dia main educational toys bersama adiknya. Dapatlah lengahkan masa dia dari fikirkan lapar.

Tapi dugaan memang agak mencabar kat rumah ni. Kami tinggal di apartment yang rata-rata penghuninya adalah bukan Islam. Selepas pukul 10 pagi, aroma masakan mula menusuk hidung. Kejap-kejap dari rumah sebelah, kejap dari tingkat bawah dan tak lama bau tumisan datang dari tingkat atas. Bau tumisan kari memang bisa mengundang perut yang kosong berkeroncong!

Selepas pukul 11 anakanda Fateh dah mula merengek dengan lebih hebat. Dia mula menangis minta makan. Saya bukanlah nak memaksa sangat dia puasa, tapi saya tahu kalau saya katakan dia tak boleh lekat sticker sebab tak puasa, dia akan mengamuk. Saya sangat kenal dengan sikap ‘perfectionist’ nya itu. Jadi saya sekadar minta dia bersabar sampai pukul 12.

Tapi dia dah tak tahan dan minum air. Jadi hari kedua hanya puasa sampai pukul 11.30.

Alhamdulillah, syukur pagi tadi Allah ilhamkan saya dengan idea untuk pujuk anakanda fateh bersahur. Saya kejut dia bangun sahur pertama untuk minum tamar koko. Walaupun tak celik mata, tapi dia dapat habiskan setengah cawan minuman. Ok lah tu, untuk lapik perut sampai tengahari kan.

Jadi anakanda Fateh pun dapatlah pahala sahur pertama hari ni walaupun tak celik mata. Dan Alhamdulillah prestasi hari ni lebih memberangsangkan dengan puasa dilanjutkan sampai 1.30 petang!

IMG_20160527_222905

Ia satu proses pembelajaran untuk saya, bahawa sahur tak semestinya perlu bangun basuh muka dan mengadap makanan. Sahur pertama boleh saja berlaku dengan hanya secawan minuman untuk tenaga. Ia mungkin sesuai untuk anak yang puasa separuh hari, wallahualam.

Previous articleRamadan Pertama Anakanda Fateh
Next articleUmmi Cuai, Anak Buka Puasa Awal!
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here