Sambutan Hari bapa ‘tiba-tiba’

0
106
views
Kejutan hari bapa

Semalam anakanda Fateh susun buku-buku yang dia nak baca setempat. Dia pun mulalah baca dengan khusyuk. Tengah dia belek komik, tiba-tiba ja cakap nak bungkus hadiah untuk abah. Saya pun cakap buat ja la. Memang takda apa nak buat kan.

Dia pun belek dekat rak buku abah, dapatlah satu buku yang abah hari-hari baca ni. -_- Terus ketung-ketang 2 beradik membungkus dengan semangatnya. Minta reben nak ikat, saya kata lukis ja la. Mana nak cari reben malam-malam ni kan.

Siap..

hadiah hari bapa
Hadiah hari bapa yang dibungkus dengan bersungguh-sungguh

Lepas tu Fateh pun mula la atur strategi ‘surprise’ nya. Katanya ia tukang buka lampu, adik bawah hadiah, ummi dok diam2 belakang pintu. :-P. Saya pun ikut ja la. Buat hiburan abah balik kerja letih-letih kan.

Walaupun nampak suka-suka ja, namun terdetik di fikiran saya. Seingat saya tak pernah pun buat surprise macam tu. Cuma benda macam ni banyak tunjuk dalam buku-buku yang anak baca. Inilah pengaruh bahan bacaan. Kita mungkin tak ajar, tak sempat, atau tak tau pun nak ajar satu-satu benda tu. Apatah lagi anak sulung, kita pun kadang tak peka dengan apa keperluan kognitif anak kan.

Tapi bila anak suka buku, suka membaca, banyak idea anak boleh dapat dari sana. Dan tugas kita hanya bantu anak praktikkan apa yang anak nak cuba. Kita tak perlu ajar anak semua benda. Kebanyakan idea anak-anak tercetus dari bahan bacaan. Mereka akan tanya dan tanya sampai faham apa yang telah mereka baca.

Sebab tu saya suka ajak ibu-ibu fikir, ajar anak membaca bukan sebab takut anak ketinggalan bila masuk sekolah nanti. Itu yang buat kita stress. Tapi kita ajar anak membaca supaya anak ada kunci untuk teroka ilmu dengan lebih luas. In syaa Allah kita akan ajar anak membaca dengan lebih bersemangat tanpa stress. Malah dalam banyak keadaan anak yang ‘minta’  kita ajar membaca seperti saya kongsikan di SINI.

Semoga ibu-ibu akan terus menanam minat membaca kepada anak-anak sehingga belajar membaca menjadi satu proses yang menyeronokkan, bukan lagi mempi ngeri kepada anak-anak. In syaa Allah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here