Saya Cepat Marah bila Ajar Anak Sendiri

0
107
views

“Saya Cepat Marah bila Ajar Anak Sendiri”

Kenapa ya?

Sedangkan itu anak kita sendiri, kita yang mengandungkan dia, menyusukan dia, mengasuh dan mendidiknya setiap hari tetapi bila nak mengajar anak kita cepat melenting. Nampak macam tak selari dengan kata-kata cendiakawan yang masyhur

Ibu adalah sekolah pertama anak-anak

Sepatutnya dari sini kita faham bahawa ibu memang layak menjadi guru untuk anak-anak. Memang Allah telah isytiharkan kita adalah guru yang mula-mula sekali anak akan mendidik anak-anak kita. Tetapi adakah kita benar-benar dapat merealisasikan maksud kata-kata ini.

Ya, kita mampu merealisasikannya jika kita bersedia untuk memikul amanah itu dengan baik in syaa Allah. Suka saya kongsikan kenapa ibu-ibu seringkali merungut mereka tewas dalam mengajar anak sendiri. Hatta seorang guru yang dapat memandaikan ramai pelajar di sekolah, masih tidak sabar dalam mendidik anak sendiri, ma syaa Allah.

Kuncinya ialah ada ilmu mengenai pendidikan awal kanak-kanak

Iya, untuk menjadi guru kepada anak-anak seorang ibu itu perlu siapkan dirinya dengan ilmu. Bila kita buat sesuatu tanpa ilmu, memanglah susah. Kita tidak tahu ke mana nak dicorakkan anak-anak itu, tak tahu teknik yang betul dan bagaimana menguruskan masalah yang muncul. Secara umumnya kebanyakan ibubapa tidak mempunyai pendidikan formal mengenai pendidikan awal kanak-kanak.

Jika dulu kebanyakan ibubapa muda belajar dari pengalaman ibubapa mereka sendiri. Jika betul ilmu yang diperturunkan Alhamdulillah. Jika ilmunya kurang tepat mahupun menyongsang dari kebenaran, di situlah masalah dalam mendidik anak-anak akan muncul. Dan ibu muda yang tidak mempunyai ilmu yang khusus ini akan teraba-teraba mencari penyelesaian.

Mencari ilmu sebaiknya dari sumber yang berautoriti. Sebaiknya rujuk pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak kerana mereka belajar secara mendalam mengenai fasa penting perkembangan manusia ini. Ikuti kursus-kursus, baca bahan bacaan yang berkualiti, berjumpalah dengan mereka yang benar-benar berjaya dalam mendidik anak-anak untuk menadah ilmu secara langsung.

Kefahaman mengenai ilmu sesuatu bidang akan membantu kita mendidik anak dengan lebih berkesan. Contohnya dalam mengajar anak mambaca. Tanpa ilmu, kita akan terus mula ajar anak mengenal huruf A,B,C seterusnya membaca menggunakan pelbagai kaedah yang ada sekarang. Namun jika kita mempunyai ilmu, kita tidka tergesa-gesa untuk ajar membaca. Kita faham bahawa yang lebih penting adalah menanam minat anak-anak kepada aktiviti membaca.

Anak-anak sedari kecil sudah seronok di bacakan buku, suka membelek buku dan merasa buku adalah sesuatu yang menarik untuk dirinya. Bila anak sudah ada perasaan itu, sampai ke satu peringkat anak itu sendiri yang akan minta untuk di ajar membaca. Tanpa ibubapa perlu memaksa mereka untuk duduk membaca in syaa Allah.

Dan semua ini hanya akan kita lalui apabila mempunyai ilmu yang jelas mengenai proses perkembangan kanak-kanak. Ilmu inilah yang akan menyuluh kita dalam mendidik dan mengajar anak-anak dengan istiqamah. Perjalanan mendidik anak-anak sangat panjang. Bukan satu semester, bukan 1 tahun. Kerana itu kita sentiasa  perlukan bekalan ilmu untuk terus istiqamah sepanjang perjalanan ini.

 

 

Previous articleCerita Syurga Kami
Next articleAnak Tak Kenal Huruf
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here