Assalamulaikum. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni. Moga-moga ada kebaikan yang tuan/puan dapat di sini.  Kata orang tak kenal maka tak cinta, maka saya ambil kesempatan ini untuk perkenalkan diri saya.

profile 2

Nama penuh saya Nur Sakinah binti Abdul Hamid. Saya boleh dihubungi melalui email di sakinahamid83@gmail.com.

Alhamdulillah saya telah mendapat segulung Ijazah dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Sains (Fizik). Selepas setahun, saya menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan dan memperolehi Diploma perguruan (Sains) dari Institut Perguruan Pulau Pinang.

Ketika menyambung diploma, saya sudah menjadi guru di Sebuah Sekolah Menengah Agama di Pulau Pinang. Alhamdulillah saya berpengalaman mengajar Sains & Matematik selama 8 tahun. Pada hujung tahun 2013, saya mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan atas talian.

Saya mengusahakan bisnes membekalkan produk pendidikan kanak-kanak melalui  Kedai Cikgu. Alhamdulillah perniagaan ini sedang berkembang dan sekarang saya lebih fokuskan kepada ‘educational toys’ yang berasaskan kayu. Selain itu saya juga menjadi agen untuk makanan minda Tablet Genius RR4U.

Minat dan  kemahiran yang saya adalah mengajar. Dengan pendedahan dari kursus perguruan dan pengalaman mengajar, saya aplikasikan kemahiran untuk membantu orang lain memahami sesuatu ilmu. Saya juga suka menulis perkongsian pengalaman supaya orang lain dapat melalui pengalaman yang sama dengan lebih baik.

Selain itu, saya sedang membina kepakaran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Secara khususnya saya ingin membantu ibubapa memilih mainan yang sesuai dengan setiap peringkat umur.

Saya juga mula berminat dengan ilmu-ilmu pemasaran sejak terjun ke dunia bisnes. Saya mula menulis perkongsian mengenai teknik pemasaran online yang asas untuk rujukan usahawan baru.

Alhamdulillah, hobi keluarga kami adalah membaca. Buku yang saya minati adalah berkonsepkan travelog kehidupan, ilmu keibubapaan dan panduan bisnes. Pada waktu terluang saya suka membaca majalah Solusi & PAMA.

Matlamat menyertai kelas online Akedemi Bekerja dari Rumah ini adalah untuk membina disiplin diri untuk menulis mengenai edutoys dengan sehabis baik. Saya juga hendak belajar cara menulis blog dengan SEO yang tinggi.

Harapan saya blog ini akan menjadi rujukan setiap ibubapa apabila memerlukan bimbingan dalam memilih produk pendidikan untuk anak-anak. In syaa Allah.