Seronok Rupanya Berbekam

0
85
views

Alhamdulillah, setelah bertahun-tahun dok tengok iklan bekam sana sini, baru ada rezeki mencuba satu lagi sunnah Rasulullah.

Dulu tau ja sunnah, tapi tak bersungguh mencari. Bila ex-hosmate sendiri dah jadi perawat bertauliah, ‘paksa’ diri la mencuba..hihi..

Masa nak mula buat tu gerun gak, tapi pembekam ni mmg expert cara nk uruskan emosi ‘pesakit’ tu..hihi.. Masa di vakumkan tempat nak bekam kat belakang tu rasa la tegang sket, masa dicucuk tu macam best ja dengar, sebab macam tak rasa apa pun…

Waktu darah keluar tu tak rasa apa2 pun ngupenye, cuma tau la ‘ia sedang berlaku’.¬†Lepas tukar cup n bekam angin, tetiba beliau cakap ‘ok..dah siap!’.

La..gitu ja ngupenye.. tambah la bekam kaki plak..hihi..

Bekam ni banyak manfaat untuk kesihatan jangka panjang. Sebaiknya amalkan sebulan sekali, barulah betul dapat rasai manfaatnya kepada kesihatan kita.

Tapikan..nak citer la jugak. Sejak bersalin anak kedua memang selalu lenguh2 kaki, bangun pagi tu memang ‘terasa’ la time nak menapak tu. Kalau duduk lama pun jenuh nak ejas kaki.

Alhamdulillah, berkat nak usaha cara alami, pagi tadi bangun memang terasa kelainannya. Duduk lama pun bila nak mula jalan takda la ‘pedo-pedo’ kata orang kedah!:-P

Ada la sengal2 tu sikit2 lagi, baru sekali buat kan. Apa pun memang terasa la sangat kebaikannya walaupun baru 24jam, apatah lagi kalau istiqamah kan.

Lagi best pembekam boleh bagitau kolestrol saya rendah, ada asid urik dalam darah, in syaa Allah takda gangguan berdasarkan darah yang keluar. Fuh..pakej sekali medical check up! Murah plak tu..

Kesimpulannya, kawan2 yang tak pernah bekam tu jom lah bawak2 beramal dengan sunnah, pastinya ia perawatan terbaik yang diajar oleh pencipta kita. Yang dah pernah bekam tu jom la kita istiqamah, moga2 terhindar dari penyakit2 berbahaya.

Owh, kawan2 kat area penang & sungai petani boleh hubungi Puan Wardah Binti Abdul Rahman & Tuan Nuruddin Bashah untuk khidmat bekam mobile.

Recomended certified pembekam!

p/s : eh..lepas puan2 baca post ni ada rasa nak berbekam tak?

Previous articleTu jerebu la nak..
Next articleTarget Bisnes Saya!
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here