Set Tidur Lena Tasneem penyelesaian untuk Masalah Bayi Susah Tidur

5
97
views

Mendapat cahaya mata memang pengalaman yang indah untuk setiap pasangan, namun ia juga permulaan kepada cabaran untuk korbankan waktu tidur malam yang enak.hehe.

Masih ingat lagi ketika menyambut kelahiran anak sulung kami, hampir setiap malam terpaksa bergilir berjaga malam kerana dia tak nak tidur. Kalau tidur pun hanya tidur-tidur ayam, siap nak lena atas tapak tangan suami pulak tu. Memang anak bertuah kan.haha.

pengalaman anak sulung akan membuatkan kita lebih mudah uruskan anak yang seterusnya

Sebab tu la bila anak dah besar dan saya jumpa Set Tidur Lena by Tasneem ni rasa bahagianya lah kalau dari dulu jumpa benda malam ni kan. Takda la mak mati kutu apa nak buat dengan anak yang tak nak tidur tapi tak nak jugak bangun.huhu.

Alhamdulillah pengalaman saya hampir 3 tahun bersama Tasneem Naturel ni sangat banyak masalah anak tidur dapat diselesaikan melalui Set Tidur Lena ni. Syukur sangat bila dapat bantu ibu2 keluar dari masalah yang satu ketika dulu saya langsung tak fikir ada penyelesaian untuk masalah macam ni. Rezeki mak2 sekarang la kan. ^_^

Dalam Set Tidur Lena ini mempunyai 4 item iaitu Balm Sleeptime, Balm Calmtime, Mandian Calmbath dan Spray Sleepy Pillow Mist. Semua produk ini dirumus menggunakan essential oils untuk membantu anak mudah tidur dan lebih nyenyak.

Dapatkan Set Tidur Lena by Tasneem dari Agen Tasneem Naturel berhampiran anda

Balm sleeptime

Balm sleeptime ini mengandungi 8 essential oil untuk stabilkan hormon tidur iaitu Lavender, Vetiver, Ylang Ylang, Bergamot, Orange, Cedarwood, Roman Charmomile & Marjoram.

Set Tidur Lena Tasneem penyelesaian untuk Masalah Bayi Susah Tidur
Balm Tasneem mudah digunakan dan di bawa ke mana2

Cara guna balm sleeptime hanya sapu pada tapak kaki, tulang belakang, nadi tangan dan belakang telinga.

Balm calmtime

Balm calmtime yang mengandungi 8 essential oil untuk kendurkan otot yang meregang dan stabilkan hormon tenang iaitu Lavender, Orange, Roman Charmomile, Marjoram, Geranium, Bergamot & Frankinsence.

Cara guna balm calmtime pun sama ja macam sleeptime. Cuma kalau diperhatikan separuh dari EO yang terdapat dapat balm sleeptime sudah terdapat dalam balm calmtime kan. Ha..itulah sebabnya ada ja keadaan anak hanya perlukan balm calmtime ja untuk tidur.

Mandian calmbath

Mandian calm bath ini mengandungi essential oil yang sama sahaja seperti dalam balm, cuma dilarutkan dalam medium untuk mandian. Jadi kesannya pun sama macam guna balm calmtime malah ramai juga ibubapa rasa lebih mudah guna mandian sebab dah kena seluruh badan.

Apakah-Psoriasis-dan-Adakah-ia-Berjangkit-1

Spray Sleepy Pillow Mist

Spray sleepy ni antara produk Tasneem yang hot. Mungkin sebab mudah nak guna, banyak pulak feedback bagus jadi berlumba-lumba ibubapa nak cuba Alhamdulillah.

Spray Tidur Sleepy Pillow Mist, adakah berbahaya seperti ubat tidur?

Spray sleepy hanya mengandungi essential oil lavender dan tea tree oil yang dilarutkan dalam air. Cara guna pun mudah hanya perlu spray pada tempat yang baunya boleh sampai ke hidung seperti bantal, comforter, buai dan sebagainya.

4 item dalam Set Tidur Lena ini boleh digunakan mengikut keperluan. Kebanyakan ibu suka dalam bentul balm kerana boleh disapu bila-bila masa.

“Sapu calm lepas mandi elok ja tido, sempat la mama urus diri. Kalau tak asyik mintak riba je”

“Makin ok tidur anak. Sebelum ni pagi2 tidur buai ambik masa dlm 1@2 jam baru tidur. Sekarang tak sampai 15 min dah tidur”

Tapi bila guna jenis mandian, ramai yang mula jatuh cinta kerana rasa lebih mudah. Sebab memang biasanya lepas mandi kita akan tidurkan bayi, secara tak langsung mandian ini bertindak serampang 2 mata.

“Lepas mandi anak jadi relax ja. Bagi susu terus lena”

Begitu juga dengan spray sleepy, ramai yang standby untuk guna pada waktu yang kita sukar nak sapu balm. Contohnya ketika dalam perjalanan dan anak dah besar biasanya guna spray sleepy ini lebih memudahkan.

“Sembur kejap ja anak dah tidur, malam pun dah kurang berjaga”

-Puan Hafizah-

Yang mana satu pun pilihan anda semuanya telah terbukti dapat bantu bayi mahupun orang dewasa mempunyai kualiti tidur yang lebih baik. Dan kita sebagai ibubapa juga perlu cakna untuk bantu anak ada rutin tidur yang baik. Untuk pertanyaan lanjut wasap saya di 0194715407.

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge