Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid

Semasa anakanda Fateh berumur 5 tahun, saya saja-saja mencari bahan bacaan untuk mengajarnya membaca. Dia sudah belajar membaca di tadika, saya sekadar mahu mengisi masa di rumah bersama saya sahaja. Ketika tu anakanda Fateh sudah boleh membaca 2 sukukata.

Semasa kawan-kawan kenalkan Siri Pantas Membaca ni, saya hanya tertarik dengan bukunya yang berwarna warni. Dan bila buku ini dapat ke tangan Muhammad Fateh, dia sangat teruja kerana buku ini mempunyai CD. Biasalah anak-anak zaman ICT kan.

Terus dipasangnya CD audio tu. Mulanya dia agak kecewa kerana tiada video. Tapi bila saya tunjukkan yang CD audio itu membaca mengikut cetakan dalam buku, dia pun mula menyelak helaian demi helaian.

Dan Alhamdulillah, tanpa pemantauan dari kami dia membaca bersama audio sehinga 2/3 buku. Saya pulak yang suruh dia berenti sebab dah lewat petang. Dan Alhamdulillah dalam tempoh kurang dari 6 bulan saya belikan buku ini anakanda sudah boleh membaca dengan baik.

Dan sekarang Faqihah pula sudah mula belajar membaca menggunakan Buku Siri Pantas Membaca.

Antara kelebihan Siri buku Pantas Membaca ialah

1) Gambar berwarna warni

vkvk

Buku ini dipenuhi dengan gambar-gambar berkaitan dalam saiz yang jelas dan warna yang menarik. Seawal siri 1, anak ‘rasa’ mereka boleh membaca kerana mereka boleh menyebut nama-nama objek ini dengan betul.

2) Tulisan yang besar dan jelas

kandungan_a

Penggunaan tulisan bersaiz besar dapat membantu kanak-kanak mengecam huruf dengan cepat. Tulisan berwarna dengan latar belakang putih membantu anak untuk fokus dengan lebih baik

3) Perkataan yang mudah

kandungan_p

Kebanyakan perkataan/objek yang diperkenalkan adalah yang anak sudah tahu sebut seawal usia 3 tahun. Ia secara tidak langsung meningkatkan minat dan keyakinan anak untuk terus membaca.

4) Pengukuhan pada setiap akhir siri

pengukuhan 2

Pada penghujung setiap siri, ibubapa dapat membuat pengukuhan bagi memastikan samada anak betul-betul boleh membaca atau hanya menyebut daripada gambar sahaja. Ini secara tidak langsung menjadi pengukur samada anak sudah boleh maju ke siri seterusnya

5) Penggunaan CD audio untuk keseluruhan kandungan buku

Ada anak-anak yang tak suka ibu bacakan untuknya, tapi sangat teruja bila dengat suara dari gajet elektronik lain. Penggunaan audio CD ini dapat membantu anak mendengar lebih lama sebutan yang betul bagi setiap mukasurat.

 

Berdasarkan kelebihan yang ada ini, tidak hairanlah kenapa Buku Siri Pantas Membaca ini mendapat permintaan yang memberangsangkan dari ibubapa mutakhir ini. Klik di SINI untuk tempahan buat anakanda tersayang.