Spa Muslimah (MamaCare) di LPPKN

0
318
views

Bagi seorang ibu bila dengar ja spa terus terbayang betapa relax nya nanti. Memang kalau tanya mana-mana ibu pun suka nak bersantai-santai di spa. Tapi hakikatnya sikit sangat wanita yang berpeluang membelai diri di spa. Banyak faktor yang jadi kekangan seperti kewangan, masa, jagaan anak dan sebagainya. Namun yang paling banyak kekangan masa sebenarnya kan.

Alhamdulilah baru-baru ni semasa saya buat ujian pap smear di Klinik Nur Sejahtera Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara cawangan Kepala Batas, saya terjumpa spa yang best ni secara tak sengaja. Ini kali pertama saya buat ujian di situ. memang masa mula-mula sampai tu nampak wahh..menariknya tempat ni. Lapang dan cantik dengan landskap yang menghijau.

LPPKN Kepala Batas, Pulau Pinang

LPPKN Kepala Batas, Pulau Pinang
Penunjuk arah ke Klinik Nur Sejahtera

Lepas tu bila masuk bahagian Klinik Nur Sejahtera pun rasa selesa sangat dengan decor dalam klinik tu. Memang luas, banyak tempat berehat dan cantik. Tapi takda orang pun..kiki. Jadi bila takda orang ni layanan pun best la. Siap dah selesai sesi ujian tu jururawat bertugas tu bawa saya melawat ke spa di sebelah klinik. Tengok tu, siap ada sesi lawatan lagi. Kalau kat KKIA jangan harap la kan..haha.

Pintu masuk ke Klinik Sejahtera LPPKN Kepala Batas
Pintu masuk ke Klinik. Di sebelah kanan yang ada rak kasut tu adalah Spa MamaCare

Memang terkagum la kejap dengan perkhidmatan spa yang disediakan. Bayangkanlah semua jenis rawatan ada bilik sendiri. Siap decor cantik-cantik pula tu. Rasa macam datang spa ekslusif ja pulak. Padahal harga yang ditawarkan tu agak murah berbanding keselesaan yang ditawarkan.

Ok jom saya bawak jalan-jalan tengok gambar yang sempat saya snap untuk bilik-bilik yang ada di Spa MamaCare ni.

Kaunter pendaftaran Spa Mamacare Pulau Pinang

Bahagian Menunggu Spa Mamacare Pulau Pinang
Ruang menunggu. Belakang pembahagi tu ialah ruang untuk urutan kaki.
Tempat urutan kaki, Spa Mamacare Pulau Pinang
Tempat urutan kaki, Manicure dan Pedicure
Bilik gunting rambut, Spa Mamacare Pulau Pinang
Gunting Rambut dalam bilik ok. Jadi tak timbul isu ada pelanggan tak faham bahasa bawa suami masuk ke salon muslimah. Hangin kan. -_-
Bahagian cuci rambut, Spa Mamacare Pulau Pinang
Bahagian cuci rambut pun asing

Bilik rawatan muka, Spa Mamacare Pulau Pinang Bilik rawatan muka, Spa Mamacare Pulau Pinang Bilik Sauna, Spa Mamacare Pulau Pinang

Bilik untuk rawatan muka dan mandi sauna

Laluan refleksologi, Spa Mamacare Pulau Pinang
Laluan refleksologi ni nak ke bilik mandi untuk pelbagai jenis mandian
Bilik urutan Spa Mamacare Pulau Pinang
Bilik untuk urutan atas lantai. Ada 1 bilik lagi untuk urutan atas katil. Tapi dah bersepah saya baru lepas guna šŸ˜›

Cantik kan..kan.

Itu saya snap guna kamera handphone ja, takda setting apa-apa pun. Kalau jurugambar profesional ambik ni mesti meleleh ayaq liuq.kiki.. Jadi sebabkan spa nya cantik rasa rugi pulak tak mencuba. haha.. Saya sebenarnya memang nak gunting rambut, tapi kebetulan staf tu cuti hari ni. Sebab tu untuk dapatkan perkhidmatan di situ digalakkan buat temujanji dulu. Kalau datang walk in ja nanti kena tunggu sesi orang lain ke, perawat takda ka kan tensen jadinya.

Jadi sebab nak merasa jugak saya tukar la ambil sesi urutan stress. Wah..sesuai sangat dengan baru lepas kejar closing Kedai Cikgu sesi februari. ^_^ Bila masuk ja bilik untuk rawatan moden, perawat berkenalan kejap dan tinggalkan saya untuk tukar pakaian. Memang rasa selamat la tempatnya. Sebab bilik semua bertutup dan berkunci. Saya pernah ada pengalaman pergi satu ‘spa muslimah la sangat’ kat penang, main hadang-hadang ja. Lepas tu suami dia boleh pulak meronda kesana sini dalam tu. Huh..langsung tak relax. Cas macam tempat ekslusif, tapi servis memang kelaut. Pangkah seumur hidup. -_-

Perawat kat sini pun bagus urutannya. Memang cekap la walaupun masih muda. Kalau tengok galeri aktiviti di laman web MamaCare ni, memang perawat mereka ada mengikuti kursus. Rasa agak selamat berbanding sesetengah spa yang guna khidmat perawat warga asing, lepas tu ada cara urutan yang pelik. Uish..aset mahal U, jangan la biar orang urut sesuka hati. Itu pesan mak bidan saya berpantang dulu la.

Ā Pendek kata memang rasa selesa dapatkan rawatan di sini. Panjang kata kena pergi sendiri barulah boleh nilai anda selesa tak dengan rawatan di sini. Ini saya kepilkan kadar bayaran rawatan untuk rujukan. Oh ya, spa mamacare ni ada juga cawangan lain, tapi kena semak dari laman web MamaCare berhampiran lah untuk tau wujud tak perkhidmatan tu di sana.

Kadar bayaran Spa Mamacare Pulau Pinang
Kadar bayaran Spa MamaCare Pulau Pinang

Oh ya, kat sini juga ada pakej untuk rawatan berpantang di rumah. Ada pakejĀ berpantang lengkap dengan mandi bayi dan masak berpantang. Sesuai sangat la untuk ibu-ibu yang berpantang sendiri. Pada saya bagus sangat perkhidmatan yang disediakan di sini. Tapi saya pun tak pasti sejauh mana maklumat ini sampai kepada yang memerlukan. Semoga maklumat ini membantu ibu-ibu yang mencari mendapat maklumat yang diperlukan.

Selamat ber spa dengan gembira. ^_^

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here